2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit yang lebih kukuh dan kos input yang terkawal dijangka mengekalkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dalam deflasi sederhana pada 2026, pada -2.2 peratus berbanding -2.0 peratus tahun lepas, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB).
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pelarasan kuota bulanan petrol bersubsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter dilihat sebagai langkah sementara yang perlu bagi mengurus tekanan subsidi susulan lonjakan harga minyak global akibat konflik berterusan di Asia Barat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia stabil pada separuh kedua 2025 berikutan kelemahan awal, dengan peningkatan beransur-ansur dijangka pada separuh pertama 2026, kata Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan penyelarasan harga melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) dilihat sebagai instrumen kritikal dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia bagi menjamin kelangsungan bekalan bahan api negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Harga emas mungkin susut sementara waktu memandangkan para pelabur sedang menjual aset cair untuk meningkatkan pembiayaan dolar US, trend sama yang dilihat semasa krisis kewangan global dan fasa awal kejutan COVID-19, menurut seorang penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia menghadapi risiko kos sederhana dengan penurunan yang terhad bagi unjuran keuntungan meskipun keadaan harga minyak semasa yang lebih tinggi berikutan konflik geopolitik di Asia Barat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade menyemak semula unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,800 untuk 2026 daripada 1,810 sebelum ini berikutan ketidaktentuan yang masih membelenggu pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sektor perbankan terus menawarkan ciri-ciri daya tahan dan kekal dilindungi dengan baik walaupun terdapat ketidaktentuan geopolitik yang meningkat, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia sedang menilai semula tambang dan pelan operasi berikutan kenaikan harga bahan api jet akibat konflik yang semakin memuncak di Asia Barat mula memberi kesan kepada seluruh industri penerbangan, dengan beberapa syarikat penerbangan telah memperkenalkan pelarasan caj tambahan bahan api.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi Malaysia dijangka dapat mengekalkan pembayaran dividen walaupun wujud kemungkinan tekanan terhadap keuntungan berikutan penswastaan Digital Nasional Bhd (DNB), menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka masih mengalami tekanan pada minggu depan apabila hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi berterusan seiring trajektori semasanya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan pertumbuhan sistem pinjaman Malaysia meningkat pada kadar 4.0 peratus kepada 5.0 peratus pada 2026, sejajar dengan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.