Terdapat 2303 berita berdasarkan kata kunci carian " kerjasama"

Perjanjian ART Tidak Jejas Kedaulatan Negara - Gobind

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan negara sebaliknya memperkukuh kerjasama perdagangan digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Projek ECRL Catat Kemajuan Keseluruhan 89 Peratus Setakat Oktober 2025 - CEO MRL

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Pelabuhan Klang Kini Antara 10 Pelabuhan Kontena Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.

PM Anwar Diberi Sambutan Negara Dan Terajui Forum Peringkat Tinggi Di Nairobi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberikan majlis sambutan peringkat negara di State House, kediaman rasmi Presiden Kenya William Samoei Ruto.

PM Anwar Tiba Di Kenya Bagi Singgahan Terakhir Lawatan Rasmi Ke Afrika

Oleh M. Saraswathi

NAIROBI, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Nairobi, Kenya, pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) singgahan terakhir beliau dalam rangka lawatan rasmi ke tiga negara Afrika.

Selepas Penyertaan Berhasil Di Sidang G20, PM Anwar Berlepas Ke Kenya Bagi Lawatan Rasmi

Daripada M.Saraswathi

PRETORIA, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Afrika Selatan ke Nairobi, Kenya selepas penyertaan yang membuahkan hasil di Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di sini.

Lawatan Rasmi Anwar Ke Kenya Dijangka Perkukuhkan Lagi Hubungan Dua Hala, Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kenya bermula hari ini dijangka memperkukuhkan lagi hubungan dua hala serta ekonomi antara kedua-dua negara, antaranya dalam sektor ekonomi digital dan perumahan.

Tindakan Iklim : Pelaburan, Teknologi Penting Bagi Melindungi Nyawa Dan Punca Pendapatan - PM Anwar

JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa  agar tindakan tegas diwujudkan yang menumpukan aspek pelaburan antisipatori atau proaktif, pragmatisme teknologi serta mempercepat penerimagunaan dalam menangani perubahan iklim.

Botswana Kekal Sebagai Rakan Penting Malaysia Di Afrika - PM Anwar

Daripada M.Saraswathi

JOHANNESBURG, 21 Nov (Bernama) -- Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di rantau Afrika dengan pelaburan yang signifikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bintulu Port Perkukuh Komitmen Integriti Menerusi Ikrar Bebas Rasuah

KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) hari ini mengesahkan semula komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik apabila Lembaga Pengarahnya secara rasmi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Malaysia Harus Percepat Penggunaan Teknologi, Perkukuh Rantaian Bekalan Untuk Peralihan Tenaga - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia harus mempercepatkan penggunaan teknologi untuk kekal berdaya saing dalam persekitaran peningkatan permintaan, ketidakpastian harga global, perubahan dalam landskap pelaburan dan usaha pantas ke arah penyahkarbonan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perniagaan Dapat Bantu Bentuk Kerjasama Ekonomi Malaysia-Afrika Selatan, Kata PM Anwar

Daripada M.Saraswathi

JOHANNESBURG, 21 Nov (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia dan Afrika Selatan mempunyai peluang untuk sama-sama membentuk fasa seterusnya dalam kerjasama ekonomi dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.