13hari ago
Oleh Saraswathi Muniappan
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kemelut terbaharu yang menyelubungi perdagangan global susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai BUDI DIESEL kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Agensi penarafan kredit Moody’s Ratings menjangkakan harga tenaga yang tinggi meningkatkan pendapatan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Hong Leong Islamic Bank Bhd kini dikenali sebagai HLB Islamic susulan penjenamaan semula, dengan sasaran untuk mengekalkan pertumbuhan pembiayaan melebihi purata industri dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
14hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Indeks harga seunit simen meningkat antara 0.8 peratus dan 5.9 peratus tahun ke tahun pada Februari 2026 berbanding dengan bulan yang sama tahun lepas, manakala indeks harga besi merosot antara 1.2 peratus dan 8.1 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kargo udara berperanan penting dalam menghubungkan perniagaan ke pasaran global dan memastikan pergerakan rantaian bekalan, walaupun persekitaran operasi menjadi semakin kompleks, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam satu kenyataan hari ini.
14hari ago
KOTA KINABALU, 11 Mac (Bernama) -- Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) dan SEDCO Mining Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan industri di negeri ini, khususnya di kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) dan Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park (SKSIP).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- CUSTA mengumpul modal kira-kira US$4.3 juta (RM17 juta), termasuk ekuiti pusingan Pre-Series A yang diketuai bersama oleh Delight Ventures dan Global Brain.
14hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah di Wall Street apabila ketiga-tiga indeks utama Amerika Syarikat (AS) ditutup jauh di bawah paras tertinggi harian selepas sesi yang tidak menentu.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Google memperkenalkan Pengesahan Perkhidmatan Kewangan (FSV), iaitu keperluan pensijilan baharu untuk pengiklan perkhidmatan kewangan yang bertujuan meningkatkan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada penipuan kewangan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) bahagian runcit Sunway Healthcare Holdings Bhd yang terdiri daripada 230 juta saham terlebih langganan sebanyak 5.57 kali.
15hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Selasa susulan harga minyak mentah merosot selepas kenyataan Presiden AS Donald Trump yang memberi bayangan kemungkinan perang di Iran berakhir tidak lama lagi.