6hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit selepas aktiviti belian pada saat akhir menyebabkannya meningkat ke paras tertinggi hari ini iaitu 1,712.33 ketika ditutup dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
7hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif, kata peniaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 didorong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi domestik yang rancak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lepas dan berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang positif pada tahun lalu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 5.7 peratus pada suku keempat 2025, menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia yang berterusan.
8hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA SELANGOR, 18 Jan (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM), merancang untuk mempelbagaikan lagi operasinya ke dalam industri bahan kimia khusus berasaskan bio tahun ini.
9hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka kekal tidak berubah pada minggu depan, dengan permintaan dan harga berkemungkinan bergerak mendatar, kata pakar industri Denis Low.
9hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran sederhana dan kecil minggu depan, kata seorang ahli ekonomi.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 22 Januari ini.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, pengeluar komponen automotif tradisional pada hari ini telah menggubah dirinya kepada syarikat yang lebih dipacu teknologi, mencerminkan peralihan yang lebih berfokus ke arah kenderaan pintar dan lebih terhubung.