Terdapat 573 berita berdasarkan kata kunci carian " getah"

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, didorong oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga. 

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 29.6 Peratus Pada November 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 29.6 peratus pada November 2025 kepada 20,891 tan berbanding pada Oktober 2025  iaitu 29,673 tan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Disokong Trend Menaik Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh trend menaik dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Alami Sedikit Turun Naik Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mengalami sedikit turun naik minggu depan, dengan kecenderungan untuk harga bergerak sedikit meningkat susulan keadaan cuaca terus menjejaskan pengeluaran, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, seiring dengan pergerakan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Dengan GMM 20 Teruskan Aliran Kenaikan

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu dengan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM) 20 terus meningkat disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Trend Meningkat Niaga Hadapan Serantau, Cuaca Lembap

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran meningkat serantau di pasaran niaga hadapan getah, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Menjejaki Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin seiring dengan aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Tinggi Sedikit Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan, bergerak mendatar dengan sedikit kecenderungan menaik, kata pakar industri Denis Low. 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada hari pertama urus niaga tahun 2026 di tengah-tengah jumlah dagangan yang perlahan berikutan penutupan pasaran niaga hadapan getah Jepun dan Shanghai, kata seorang peniaga. 

LGM Aktifkan Insentif Pengeluaran Getah Bagi Disember 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk Disember 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.