23hari ago
GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai delegasi agensi negeri utama ke Osaka, Kansai, Jepun bermula hari ini hingga 27 September untuk menganjurkan ‘Minggu Pulau Pinang’ di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia 2025.
23hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dilihat sebagai mekanisme strategik untuk memperkasakan usahawan dengan memacu pertumbuhan e-dagang dan memudah cara perniagaan berkembang melalui akses pasaran yang lebih luas, kata penganalisis ekonomi.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Input perbincangan mengenai daya saing Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab perniagaan global bersama pemain industri antarabangsa yang telah diadakan, akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober, mungkin memberi tumpuan kepada dasar pelarasan halus, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang mengumpul data perhutanan daripada semua kerajaan negeri untuk diserahkan sebagai maklumat terkini kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada tahun depan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Industri perkapalan Malaysia dijangka kekal positif dan berada dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada daripada pelbagai usaha penyusunan dan penjajaran semula rantaian bekalan.
26hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) - Sektor pembuatan dijangka mencatatkan prestasi lemah pada separuh kedua 2025 berikutan tekanan kos yang berterusan dan jangkaan permintaan yang lebih lemah, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 (MIHAS 2025) akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, bermula 17 Sept hingga 20 Sept ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) baru-baru ini melancarkan Forum Usahawan Mikro Malaysia 2025 (MyMikro'25) sebagai platform strategik untuk memperkukuh daya tahan kewangan dan meningkatkan daya saing usahawan tempatan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Makanan haiwan termasuk kacang soya mentah yang merupakan komponen utama dalam penghasilan makanan haiwan, kini dikecualikan daripada Cukai Jualan atau pada kadar sifar sebagai langkah memastikan kestabilan harga barangan makanan asas seperti ayam, telur dan daging.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Cabang penyelidikan dan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Research Institute Sdn Bhd (PNBRI), hari ini melancarkan laporan bertajuk “Realiti dan Prospek Kelestarian dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit di Malaysia” yang menekankan cabaran semasa dan akan datang dalam amalan kelestarian.