BERITA TERKINI   Rugi bersih Supermax Corporation naik kepada RM58.44 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 | Ringgit ditutup rendah, turun kepada 3.8915/8980 berbanding dolar AS daripada 3.8885/8925 ketika ditutup semalam | Untung bersih Petronas Gas bagi tahun kewangan 2025 turun kepada RM1.72 bilion daripada RM1.83 bilion pada tahun kewangan 2024 | Perolehan MISC Bhd susut kepada RM11.15 bilion pada tahun kewangan 2025 daripada RM13.24 bilion tahun sebelumnya susulan pendapatan rendah segmen marin, kejuruteraan berat  | Untung bersih MISC Bhd meningkat kepada RM1.7 bulan pada tahun kewangan 2025 daripada RM1.19 bilion tahun sebelumnya | 

Terdapat 157 berita berdasarkan kata kunci carian " cuti umum"

Bursa Malaysia Tutup Pada Cuti Gantian Hari Kebangsaan, Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd termasuk anak syarikatnya akan ditutup pada 1 dan 5 September tahun ini berikutan penggantian cuti umum untuk Hari Kebangsaan, yang jatuh pada Ahad (31 Ogos) serta  Maulidur Rasul menjelang Jumaat minggu depan.

Langkah Sokongan Fiskal Terkini Beri Impak Positif Kepada Sektor Pengguna - CIMB Securities  

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah-langkah sokongan fiskal terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengukuhkan sektor pengguna di Malaysia dengan menggalakkan perbelanjaan dalam tempoh jangka pendek terutamanya bagi barangan keperluan dan runcit berasaskan nilai, menurut CIMB Securities Sdn Bhd. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Sesi Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Zarul Effendi Razali dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum meningkatnya untuk ditutup tinggi bagi sesi dagangan ketiga berturut-turut, disokong oleh pembelian berterusan dalam produk dan perkhidmatan industri terpilih serta kaunter penjagaan kesihatan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam kaunter kewangan dan telekomunikasi terpilih yang mengehadkan peningkatan.

Ringgit Dijangka Mengukuh Minggu Depan Menjelang Pengumuman Data Kerja AS

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) --  Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh pada minggu depan, susulan jangkaan pengumuman data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Derivatif Malaysia mengakhiri minggu dagangan yang singkat ini lebih tinggi berikutan kadar pengeluaran minyak sawit yang rendah daripada jangkaan dan prestasi eksport Jun yang kukuh, kata penganalisis komoditi.

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Dipacu Sentimen Pasaran Yang Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu yang singkat ini dengan prestasi yang positif pada Khamis apabila indeks utama naik 0.55 peratus berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah serta sentimen pasaran yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Ditutup Pada 27 Jun Sempena Awal Muharram

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 27 Jun 2025, sempena cuti Awal Muharram.

Tiada Pemangkin Baharu, Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu selain pasaran Wall Street yang tidak beroperasi semalam, kata penganalisis.

Alami Keajaiban “Captain Quack Land” di Sunway Lagoon Night Park

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Sunway Lagoon memeriahkan suasana malam menerusi tarikan terbaharu, “Captain Quack Land” di Sunway Lagoon Night Park yang menawarkan pengalaman luar biasa dipenuhi sinaran lampu mempesonakan, menghiburkan dan pengembaraan mendebarkan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street dalam persekitaran ketegangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).