BERITA TERKINI   (RASMI) BN menang di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214 undi - Pengurus Pilihan Raya | (RASMI) BN menang di DUN Lamag dengan majoriti 5,681 undi - Pengurus Pilihan Raya | Piala Malaysia: DPMM FC 1-1 Kelantan Red Warrior FC | Piala Malaysia: Kuching City 2-0 Penang FC | (TIDAK RASMI) BN menang di Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dengan majoriti 14,214 undi dan 5,681 undi - Setiausaha Agung UMNO | 

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Ditutup Pada 27 Jun Sempena Awal Muharram

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 27 Jun 2025, sempena cuti Awal Muharram.

Menurut Bursa Malaysia dalam kenyataan hari ini, dagangan akan disambung semula pada Isnin, 30 Jun.

Katanya pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila’ akan kekal beroperasi untuk dagangan pada cuti umum itu.

-- BERNAMA