30hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengendalikan lebih 2,400 penerbangan sepanjang tempoh perjalanan sempena Tahun Baharu Cina ini, termasuk sehingga 198 penerbangan tambahan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi pada Rabu walaupun penurunan di pasaran tunai.
30hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini selepas mencatat paras tertinggi dalam tempoh melebihi enam tahun, dipengaruhi oleh sentimen negatif susulan prestasi semalaman Wall Street walaupun indeks penanda aras melebihi paras 1,700.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan jangkaan bahawa Indonesia akan meneruskan program biodiesel B40 tahun ini, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka menerima pelbagai pelaburan berpotensi dalam pelbagai sektor tahun ini, dan bukan sahaja tertumpu kepada pusat data.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menyaksikan aliran masuk bersih pelaburan asing tahun ini berikutan keyakinan pelabur yang meningkat, didorong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Prestasi pengeluaran dan pembuatan minyak sawit mentah yang kukuh berkemungkinan mendorong pertumbuhan suku keempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 kepada 5.3 peratus dari tahun ke tahun, membayangkan pertumbuhan setahun penuh sebanyak 4.8 peratus, kata CIMB Investment Bank Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Semakan gaji minimum untuk pas penggajian bagi ekspatriat, yang akan berkuat kuasa pada Jun 2026, merupakan langkah strategik kerajaan untuk melindungi kepentingan bakat tempatan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
BANGKOK, 13 Jan (Bernama) -- Penyedia pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Singapura, Ant International menyokong lebih daripada dua bilion transaksi digital rentas sempadan pada 2025 bagi pedagang merentasi pasaran membangun terasnya, termasuk Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Amerika Latin.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa ke arah paras RM4.05 ketika menutup dagangan selepas dibuka pada RM4.06, berikutan serangan berterusan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Rizab Persekutuan (Fed) yang menjejaskan keyakinan pasaran dan melemahkan dolar AS.