BERITA TERKINI   Bayaran balik cukai dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua bulan Mac 2026 - LHDN | Konflik Timur Tengah: Rakyat Malaysia yang terkandas di Abu Dhabi selamat tiba di Malaysia pada 9.24 malam ini menaiki penerbangan Etihad Airways EY486 - Wisma Putra | Kabinet luluskan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) jaga kebajikan pekerja-pekerja gig di Malaysia - TPM Ahmad Zahid | Bekalan barangan makanan asas seperti telur, daging ayam dan sayur-sayuran di seluruh negara mencukupi sepanjang Hari Raya Aidilfitri - Mohamad Sabu | Ringgit ditutup rendah pada 3.9425/9535 berbanding dolar AS hari ini, daripada 3.9415/9480 semalam | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 susut kepada US$4,600.60 setiap auns troy berbanding US$4,608.10 pada Isnin, manakala Februari 2026 berkurang kepada US$4,616.20 daripada US$4,624.70, dan Mac 2026 merosot kepada US$4,633.80 daripada US$4,642.30.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih rendah, berada pada US$4,651.10 setiap auns troy berbanding US$4,659.60 sebelumnya. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 218 lot daripada 187 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 295 kontrak daripada 279 sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,612.95 setiap auns troy di London Bullion Market Association pada 12 Jan, 2026. 

-- BERNAMA