Terdapat 3166 berita berdasarkan kata kunci carian " naik"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Perjanjian Gencatan Perang Dagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) --Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Akhir Dagangan Pagi, Jejaki Prestasi Kukuh Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dengan pergerakan meningkat pada Isnin, menjejaki prestasi kukuh di Wall Street pada Jumaat lepas.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal pada Isnin.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang positif minggu lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi, Hampir Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh Setahun

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bulan November, hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun, dengan peniaga menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus.

Bursa Malaysia Dijangka Dalam Mod Penyatuan Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur dalam mod penyatuan minggu depan dengan penganalisis menjangkakan indeks penanda aras akan mengukuh dalam persekitaran asas domestik yang stabil.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disebabkan pelabur menunggu pemangkin baharu dan menilai perkembangan luaran.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun, kata peniaga.

Ringgit Dijangka Diniagakan Positif Minggu Depan Menjelang Keputusan Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum positifnya minggu depan menjelang keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 6 November yang dijangka menjadi tumpuan utama.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan jangkaan permintaan yang lebih tinggi untuk minyak kacang soya, kata seorang peniaga.