BERITA TERKINI   RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | Pelancaran Ladang Solar dan sistem penstoran tenaga (BESS) sokong operasi KLIA sebagai infrastruktur pengangkutan kritikal negara - TPM Fadillah | Dua PPS tempatkan mangsa kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang ditutup hari ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.42 pagi, kontrak November 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,617.0, Disember 2025 menambah 4.5 mata kepada 1,614.5, Mac 2026 naik 5.5 mata kepada 1,595.5 dan Jun 2026 menokok 12.5 mata kepada 1,602.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,019 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,967 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 4.27 mata kepada 1,613.42 selepas 46 minit dagangan daripada 1,609.15 semasa ditutup pada Jumaat lepas. 

-- BERNAMA