BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-1 Penang FC | Liga Super: DPMM FC 1-1 Melaka FC | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 902 berita berdasarkan kata kunci carian " sasaran"

Bursa Malaysia Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari, Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi hampir tidak berubah pada Jumaat, dipengaruhi oleh ketidaktentuan perang perdagangan global dan kemungkinan impaknya terhadap inflasi Amerika Syarikat (AS).

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.1 Peratus Pada 2024, Sejajar Dengan Sasaran Kerajaan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 daripada 3.6 peratus pada 2023, sejajar dengan sasaran kerajaan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ke tahun.

Mazda Labur 5.0 Bilion Baht Bina Hab Pembuatan SUV Elektrik Di Thailand

BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.

Pendapatan Industri Aeroangkasa Diunjur Cecah RM55 Bilion Menjelang 2030 - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pendapatan industri aeroangkasa negara dijangka mencecah RM55 bilion selaras dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri.

KDNK Malaysia Bagi 2024 Diunjur Cecah 5.1 Peratus, Kekal Positif - HLIB

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Johor Sasar 1,245 Stesen Pengecas EV Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) --Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk mewujudkan 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negeri itu menjelang 2030 berbanding 377 stesen pada masa ini.

Hasil Dividen Public Bank Dijangka Meningkat Mulai Tahun Ini -- CIMB Securities 

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hasil dividen Public Bank Bhd (PBB) dijangka meningkat melebihi 5.0 peratus mulai tahun ini walaupun harga sahamnya tidak berubah, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Sesi Padanan Niaga Thailand-Malaysia Dijangka Jana Dagangan Bernilai 120 Juta Baht

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Penganjuran Acara Padanan Perniagaan Produk Perindustrian Thailand-Malaysia pada 10-12 Feb, 2025 di Imperial Lexis Kuala Lumpur di sini, dijangka menjana dagangan bernilai 120 juta baht (100 Baht=RM13.18).

Malaysia, Turkiye Perlu Bekerjasama Capai Sasaran Perdagangan US$10 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye perlu bekerjasama dalam pelbagai sektor termasuk semikonduktor, komoditi pertanian, elektrik dan elektronik (E&E) serta makanan dan minuman (F&B) bagi mencapai sasaran perdagangan dua hala US$10 bilion (RM44.68 bilion), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mydin Sasar Jualan Lebih RM3 Bilion Produk Sejuk Beku Tahun Ini

Oleh Mohd Noor Iqram Rosli

KOTA BHARU, 9 Feb (Bernama) -- Rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menyasarkan hasil jualan berjumlah RM3.2 bilion bagi produk sejuk beku pada tahun ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan disebabkan permintaan yang berterusan untuk aset selamat seperti emas.

Agrobank Sasar 80,000 Peserta Bagi Kempen Mega Million 2.0

SUBANG JAYA, 7 Feb (Bernama) -- Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 Nov, 2024 hingga 31 Okt, 2025.