BERITA TERKINI   9 Rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan FFC, TMTG dibebaskan pada Jumaat, kata Kementerian Luar | Belanjawan 2026: Kerajaan Persekutuan peruntuk RM1.2 bilion, jamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah. | Belanjawan 2026: RM1.67 bilion diperuntukkan tahun hadapan bagi membolehkan Pan Borneo Sabah dapat dilaksana mengikut jadual | Belanjawan 2026: RM1.67 bilion disediakan untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual tahun hadapan | Belanjawan 2026: Penjawat awam sahut cabaran untuk terus mempercepatkan proses, prosedur kerja - KSN | 

Mydin Sasar Jualan Lebih RM3 Bilion Produk Sejuk Beku Tahun Ini

Oleh Mohd Noor Iqram Rosli

KOTA BHARU, 9 Feb (Bernama) -- Rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menyasarkan hasil jualan berjumlah RM3.2 bilion bagi produk sejuk beku pada tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya Salim Mydin berkata sasaran itu dilihat mampu dicapai memandangkan hasil jualan produk sejuk beku pada tahun lalu meningkat sebanyak RM3.03 bilion berbanding RM3.0 bilion pada tahun 2023.

"Peningkatan hasil jualan ini turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti program yang dianjurkan oleh kerajaan menerusi Jualan Rahmah Keluarga Madani serta hasil produk keluaran usahawan tempatan termasuk pakaian, makanan dan sebagainya.

"Selain itu, kita juga menambah baik kemudahan kepada para pelanggan melalui aplikasi Mydin Online, Mydin Pay, Mydin Rewards dan TikTok selari dengan trend masa kini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Salim berkata walaupun MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal hampir 68 tahun ia tidak memberi kesan terhadap persaingan pasar raya baharu yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

"Persaingan dalam pasaran ini sebenarnya bagus dari sudut ekonomi dan ia berikan kami lebih aktif untuk sama-sama meningkatkan jualan demi kebaikan negara," katanya.

Beliau berkata MYDIN yang kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara melibatkan tujuh format perniagaan dijangka menambah tiga lagi cawangan pasar rayanya tahun ini iaitu Kulim di Kedah, Dungun, Terengganu dan Pasir Mas, Kelantan.

-- BERNAMA