BERITA TERKINI   Laporan akhir siasatan kemalangan maut lori kerikil dan lori FRU di Teluk Intan dimuat naik di portal rasmi MOT hari ini - MOT | Kemalangan maut lori kerikil dan lori FRU di Teluk Intan, berpunca lebihan muatan kerikil 70 peratus daripada had BDM dibenarkan - MOT | APEC sedang menjana idea baharu yang menangani cabaran bagi membentuk masa depan bersama kita - PM Anwar | Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja menjadi peringatan bahawa keamanan tidak boleh dipandang remeh, begitu juga bagi Gaza dan Ukraine - PM Anwar | Ini juga boleh menetapkan hala tuju ke arah struktur ekonomi yang lebih saksama merapatkan jurang antara Utara Global dan Selatan Global - PM Anwar | 

Terdapat 646 berita berdasarkan kata kunci carian "menteri kewangan"

Malaysia Tidak Akan Ambil Mudah Hadapi Cabaran Serantau, Global - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.

Kerajaan MADANI Pulihkan Keyakinan Pelabur Melalui Usaha Basmi Rasuah - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Komitmen kerajaan MADANI untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu.

Kenaikan Ringgit Beri Manfaat Kepada Malaysia Tetapi Belum Capai Nilai Saksama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit belum mencapai nilai saksama walaupun mencatatkan peningkatan berbanding dolar AS baru-baru ini dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia, Indonesia Perintis Inovasi Kewangan Awam Islam

JAKARTA, 4 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia diiktiraf sebagai perintis dalam membangunkan instrumen kewangan awam Islam dalam dasar fiskal, menurut Kementerian Keuangan Indonesia.

Pulau Pinang Harap Dua Projek Diluluskan Dalam Belanjawan 2025

GEORGE TOWN, 3 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap dua projek penting di negeri itu dapat diluluskan dalam Belanjawan 2025 iaitu pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan geran padanan bagi Penang Silicon Design @5km,+ kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Sarawak Energy Lantik Ibrahim Baki Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 1 Oktober

KUCHING, 3 Okt (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Satok dari Gabungan Parti Sarawak Datuk Ibrahim Baki sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Oktober lepas.

Belanjawan 2025 Fokus Sektor Ekonomi, Teruskan Agenda Reformasi Struktur Negara

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memberi keutamaan kepada sektor ekonomi dengan meneruskan agenda reformasi struktur dalam negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Asas Ekonomi Kukuh Antara Faktor Sokong Pertumbuhan Ringgit - Gabenor

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pelaburan Oracle Cerminkan Keyakinan Syarikat Teknologi Global Terhadap Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Keputusan pelaburan oleh Oracle mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Pertimbang Setiap Permohonan Bina Infrastruktur

BATU PAHAT, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya bagi setiap permohonan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur, dalam perancangan dan pelaksanaan dasar belanjawan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

KLSICCI Cadangkan Langkah Inklusif Untuk PMKS Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Selangor dan Kuala Lumpur (KLSICCI) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk memajukan dan memperkasa perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam Belanjawan 2025 sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara Akan Tumpu Empat Teras Utama - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.