10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk peralihan ke arah 'perdagangan saksama dan berperikemanusiaan' serta memperdalam hubungan perdagangan pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru-baru ini di Lima, Peru, adalah strategi kritikal bagi mengharungi cabaran yang dihadapi globalisasi perdagangan dan multilateralisme.
10bulan ago
KOTA BHARU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kelantan berharap agar Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menimbangkan pelaksanaan pelbagai pelaburan strategik dalam sektor pembuatan di negeri itu bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat, di samping menarik lebih banyak pelaburan ke Kelantan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Republik Guinea perlu meningkatkan penglibatan antara satu sama lain terutama dalam akses pasaran dan bantuan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti untuk memastikan tiada keciciran dalam era kemajuan digital yang pesat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) memainkan peranan seperti yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan tugas agensi lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaburan berterusan dalam projek pembangunan infrastruktur membolehkan Malaysia mengukuhkan kendudukan sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau serta meningkatkan daya saing di peringkat global, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, ia dijangka mempercepatkan permintaan untuk dolar US.
11bulan ago
KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM31.8 bilion untuk industri berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik, kimia serta logam hijau bagi tempoh 2019 hingga 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Mesir mempunyai peluang untuk saling membantu mengakses pasaran masing-masing dengan Malaysia sebagai gerbang ke ekonomi ASEAN yang dinamik dan Mesir sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika.
11bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Siemens Energy Pte Ltd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini sedang meneroka integrasi tenaga hidrogen dengan loji jana kuasa berskala besar milik TNB.
11bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 mencerminkan komitmen bukan sahaja terhadap sasaran iklim global tetapi juga kepada pembangunan mampan dan ekonomi yang berdaya tahan.
11bulan ago
PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) -- SIRIM Bhd telah diiktiraf atas keupayaannya untuk menerajui pembangunan piawaian dan pensijilan keluli hijau sekali gus mewujudkan standard global bagi keluli sifar bersih yang dihasilkan secara mampan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).