BERITA TERKINI   Ekonomi digital akan menjadi pemacu utama dalam mencapai sasaran pelaburan berkualiti Malaysia pada 2026 - Tengku Zafrul | MIDA menjangka lebih banyak pelaburan berteraskan kualiti akan menjana limpahan bermakna kepada ekonomi Malaysia di bawah Kerangka Insentif Baharu - Tengku Zafrul | Sehingga 10 Feb 2026, sebanyak RM5.4 bilion bayaran balik telah dibuat bagi tahun taksiran 2023 melibatkan 38,629 kes - Amir Hamzah | Sehingga 11 Feb 2026, lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga RON95 sebagai subsidi di bawah BUDI95 - Amir Hamzah | Kerajaan MADANI melunaskan bayaran balik lebihan cukai bagi 2023-2025 sebanyak RM56 bilion, 50 peratus lebih tinggi daripada 2020-2022, iaitu RM37 bilion - Amir Hamzah | 

Malaysia, Republik Guinea Perlu Saling Tingkatkan Kerjasama Bantuan Teknikal - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Republik Guinea perlu meningkatkan penglibatan antara satu sama lain terutama dalam akses pasaran dan bantuan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Liew Chin Tong berkata tindakan itu penting memandangkan Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang utama seperti kewangan Islam, pengurusan haji dan penarafan kredit.

“Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Republik Guinea Ismael Nabe menekankan betapa pentingnya meningkatkan kehadiran Malaysia di Guinea dan kami bersetuju mengenai keperluan untuk kerjasama yang lebih besar antara kedua-dua negara.

“Saya berterima kasih kepada beliau atas peluang untuk bekerjasa,a dan saya mengharapkan kerjasama yang lebih kukuh antara Malaysia dan Republik Guinea,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu mengenai kunjungan hormat Nabe.

Menurut MITI, Republik Guinea baru sahaja melancarkan Pelan Strategik Negara bagi tempoh 2024 hingga 2029, yang menumpukan kepada pengalakan ekonomi hijau, mempercepat peralihan digital, membangunkan modal insan dan memupuk inovasi untuk mentransformasikan ekonomi.

Liew berkata beliau menyokong cadangan Nabe agar mengadakan dialog ekonomi antara ASEAN dan Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS).

“Ini akan memudah cara pertukaran ekonomi antara Malaysia dan negara-negara Afrika, terutama Republik Guinea, membantu mengembangkan perdagangan dan mengukuhkan rantaian bekalan sebagai tindak balas kepada cabaran geopolitik semasa,” katanya.

-- BERNAMA