BERITA TERKINI   PM Modi amat berbesar hati jadi pemimpin asing pertama kunjungi Malaysia tahun ini menjelang kemeriahan musim perayaan | Hubungan antara Malaysia, India mencapai tahap baharu - PM Anwar | 

Terdapat 1514 berita berdasarkan kata kunci carian " ogos"

SST Dikekalkan Kerana Difahami Industri - MOF

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berpandangan pungutan hasil di bawah cukai kepenggunaan melalui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) wajar diteruskan kerana ia merupakan cukai sedia ada yang telah difahami oleh industri, peniaga dan rakyat.

Jumlah Bersih Dana Disalurkan Kepada 1MDB Hingga Julai 2025 Mm42.17 Bilion Bagi Biaya Bayaran Hutang, Komitmen Syarikat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Jumlah bersih dana yang telah disalurkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membiayai bayaran hutang dan memenuhi komitmen syarikat berjumlah RM42.17 bilion setakat 31 Julai 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Pelaburan RM550 Juta Ferrotec China Di Johor Dijangka Jana Eksport Tahunan RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syarikat semikonduktor berteknologi tinggi dari China, Ferrotec bernilai RM550 juta di Pasir Gudang, Johor melalui Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd dijangka menjana nilai eksport tahunan sebanyak RM600 juta.

HSBC Malaysia Perkenal Perkhidmatan Premier Dipertingkat Untuk Segmen Mewah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.

Niaga Hadapan MSM Teruskan Aliran Menaik Pada Akhir Dagangan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) meneruskan kenaikan pada Rabu, dirangsang oleh kekuatan pasaran minyak sayuran global dan sentimen eksport yang optimis.

Yinson Production Mulakan Pajakan 15 Tahun Untuk FPSO Agogo Di Angola

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) iaitu Yinson Production, telah memulakan pajakan tetap selama 15 tahun untuk FPSO Agogo berikutan pengeluaran Sijil Kesediaan Operasi Sementara (PORC) pada 12 Ogos, 2025.

Johor Teraju Pelaburan Pusat Data Negara , 42 Projek Bernilai RM164.45 Bilion Diluluskan

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Johor muncul sebagai peneraju pelaburan pusat data negara dengan 42 projek bernilai RM164.45 bilion diluluskan setakat suku kedua 2025. 

Touch ‘n Go, Proton Meterai MoU Untuk Lengkapi X50 Baharu Dengan Tag RFID TNG

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG) dan Proton Holdings Bhd telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk melengkapkan semua unit Proton X50 serba baharu dengan tag Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go pada peringkat pengeluaran. 

Niaga Hadapan Emas Pulih Semula Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed AS

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih semula untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu.

Ringgit Terus Meningkat Hari Ketiga Berturut-turut Susulan Dolar AS Lemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut berikutan kedudukan selamat dolar AS yang semakin lemah selepas data Julai Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) mencatat angka lebih rendah daripada jangkaan, menguatkan andaian kepada penurunan kadar faedah pada September.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 MR DIY Meningkat Kepada RM158.58 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 meningkat kepada RM158.58 juta daripada RM155.21 juta pada suku yang sama tahun lalu.