BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | KPM tidak anggap kes tikam pelajar dan salah laku seksual sebagai kes terpencil - KP | 

HSBC Malaysia Perkenal Perkhidmatan Premier Dipertingkat Untuk Segmen Mewah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.

Ketua Kekayaan Antarabangsa dan Perbankan Premier Asia HSBC Kai Zhang berkata Malaysia adalah pasaran kelima di dunia yang memperkenalkan cadangan perkhidmatan yang telah dipertingkatkan itu.

“Langkah ini membawa pengalaman premium ke tahap yang seterusnya di Malaysia. Hasrat kami adalah untuk menjadi pengurus kekayaan terkemuka di Asia dan Timur Tengah, dengan Malaysia memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi  berkenaan.

“Malaysia adalah antara pasaran kekayaan paling dinamik dan memberangsangkan di rantau ini, dengan generasi muda yang berpandangan antarabangsa. Apabila ekonomi Malaysia terus berkembang, peluang untuk membangunkan dan memperluas kekayaan turut meningkat,” katanya dalam ucaptama pada majlis perasmian hari ini.

HSBC mula memperkenalkan perkhidmatan perbankan Premier di Malaysia sejak 25 tahun lepas dan telah meluaskan tawarannya secara berperingkat untuk memenuhi keperluan pasaran mewah yang semakin berkembang. 

Antara perkembangan terkini adalah pelancaran HSBC Premier Elite pada 2024, pembukaan Wealth Centre atau pusat pengurusan kekayaan utama di Tun Razak Exchange pada awal tahun ini dan penubuhan HSBC Wealth Academy atau akademi kekayaan HSBC.

 

Pertumbuhan Pasaran Mewah

 

Zhang berkata, HSBC mengunjurkan peratusan rakyat dewasa di Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya US$250,000 (US$1 = RM4.20) kekayaan kewangan akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun ini.

“Kami melihat pelanggan pada masa ini menguruskan kekayaan mereka lebih bersunguh-sungguh dan mendapatkan kepelbagaian dari segi geografi dan kelas aset.

“Mereka melabur untuk jangka panjang, menggunakan pelbagai instrumen pelaburan dan mengintegrasikan keputusan kewangan mereka dengan matlamat hidup yang lebih luas, daripada pendidikan dan kesihatan, sehingga gaya hidup dan legasi.

“Mereka mahu lebih daripada sekadar pulangan pelaburan. Mereka inginkan perancangan yang menyeluruh, penyelesaian kekayaan dan perbankan yang relevan serta perkongsian jangka panjang dalam kehidupan. Inilah yang ditawarkan oleh HSBC Premier baharu kami,” katanya.

Ketua Kekayaan Antarabangsa dan Perbankan Premier HSBC Malaysia Linda Yip berkata menurut unjuran GlobalData, pasaran golongan mewah di Malaysia, termasuk kumpulan individu bernilai bersih tinggi, diunjur berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 5.4 peratus dari 2025 hingga 2029, dengan aset mudah tunai mencecah hampir US$350 bilion dalam tempoh empat tahun.

“Pelanggan mewah kini mencari penyelesaian holistik yang membantu mereka mempercepat pertumbuhan kekayaan dan pada masa sama meletakkan kesihatan dan kesejahteraan mereka sebagai keutamaan.

“Mengimbangi keperluan ini membolehkan mereka berkembang, melindungi, menikmati dan mengekalkan kekayaan untuk generasi akan datang.

“Di HSBC, aspirasi kami adalah untuk menjadi bank pilihan antarabangsa bagi pelanggan mewah, menyokong keperluan pengurusan kekayaan holistik mereka,” katanya.

 

Empat Tonggak HSBC Premier Serba Baharu

 

HSBC Premier yang dipertingkatkan dibina berasaskan empat tonggak iaitu kekayaan, kesihatan, perjalanan dan antarabangsa.

Memetik penyelidikan Quality of Life HSBC, Yip berkata golongan mewah menggunakan wang tunai untuk mengembangkan pelaburan, dengan aset lain seperti bon pendapatan tetap dan ekuiti membentuk sebahagian besar (78 peratus) daripada portfolio mereka manakala hanya 22 peratus disimpan dalam bentuk tunai.

Gaya hidup kekal sebagai keutamaan terpenting. Sebanyak 52 peratus rakyat Malaysia dalam golongan mewah berkata simpanan untuk percutian atau masa senggang merupakan matlamat kewangan utama mereka manakala 48 peratus mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan.

Bagi aspek kekayaan, pelanggan Premier mempunyai akses kepada lebih 350 penyelesaian pelaburan yang pelbagai merangkumi unit amanah, bon atau sukuk, produk berstruktur dan pelan perlindungan insurans atau takaful, serta penyelesaian legasi dan perlindungan.

Ia juga menawarkan akses kepada pengurus perhubungan dan pakar kekayaan dan insurans, disokong oleh pandangan pasaran serantau termasuk global.

Dalam segmen kesihatan, HSBC telah bekerjasama dengan Sunway Healthcare Group untuk menawarkan diskaun sehingga 30 peratus ke atas pakej pemeriksaan kesihatan terpilih bagi pelanggan HSBC Premier selain diskaun 30 peratus di Pusat Perubatan Sunway Damansara dan diskaun 20 peratus di Pusat Perubatan Sunway yang lain.

Menurut bank itu, pelanggan HSBC Premier Elite juga layak mendapatkan pakej pemeriksaan kesihatan Elite Signature secara percuma di mana-mana Pusat Perubatan Sunway.

Dalam aspek kesejahteraan, HSBC telah bekerjasama dengan Sunway Sanctuary, antaranya diskaun 20 peratus bagi pakej penjagaan selepas bersalin dan hadiah percuma bagi pelanggan HSBC Premier manakala bagi pelanggan Premier Elite, mereka layak mendapat penginapan percuma pada malam ketiga dengan setiap penginapan dua malam di Signature One Suite, Sunway Sanctuary.

Pada masa sama, HSBC telah meningkatkan manfaat bagi kad perjalanannya yang disediakan secara eksklusif untuk pelanggan HSBC Premier dan HSBC Premier Elite, termasuk ganjaran yang dipercepatkan dan pengumpulan mata perjalanan untuk perbelanjaan mereka.

Bagi pelanggan HSBC Premier yang mempunyai kad kredit HSBC Premier World Mastercard, mereka kini boleh menikmati sehingga 15 kali mata ganjaran bagi setiap RM1 perbelanjaan di luar negara sekiranya memenuhi kriteria kelayakan Premier.

Selain itu mereka menerima akses enam kali percuma ke Plaza Premium Lounges, sehingga US$500,000 perlindungan insurans perjalanan percuma yang ditawarkan oleh Mastercard, dan data perantauan global percuma melibatkan lebih 120 negara.

Bagi Premier Travel Card, yang menawarkan kad kredit tanpa yuran yang eksklusif bagi pelanggan Premier Elite, pelanggan boleh menikmati 1.1 kali mata ganjaran bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara dan satu kali mata ganjaran bagi setiap RM4 yang dibelanjakan dalam negara, serta 12 kali akses ke lounge melibatkan lebih 1,300 lapangan terbang di seluruh dunia.

Bagi segmen antarabangsa, pelanggan HSBC Premier boleh menikmati perkhidmatan perbankan antarabangsa yang tiada tandingan, termasuk pengiktirafan Premier di seluruh dunia bagi mereka dan ahli keluarga, kemudahan membuka akaun HSBC di luar negara sebelum meninggalkan Malaysia, pemindahan wang global kepada lebih 50 negara tanpa bayaran, kadar tukaran asing terpilih dan akses kepada 11 mata wang utama dalam satu akaun HSBC Premier Everyday Global.

Bersempena dengan pelancarannya, pelanggan yang menyertai HSBC Premier atau HSBC Premier Elite boleh menikmati 4.28 peratus setahun ke atas Deposit Bermasa/Bertempoh/-i enam bulan mereka bersama HSBC dan memperoleh mata ganjaran yang boleh ditebus untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan lebih cepat.

Sementara itu, pelanggan yang melabur atau mengambil insurans berkemungkinan menerima pulangan yang lebih tinggi sehingga 10.88 peratus setahun ke atas penempatan Deposit Bermasa/Berjangka/-i mereka.

-- BERNAMA