9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Jerman kekal menjadi rakan dagang terpenting Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) kerana negara itu juga merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara ASEAN, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Malaysia Ulrike Wolf.
9bulan ago
PASIR GUDANG, 24 April (Bernama) -- Pelabur langsung asing (FDI) kekal sebagai sumber utama pelaburan di Johor apabila menyumbang lebih kurang 80 peratus daripada RM23 bilion pelaburan dalam perancangan bagi April.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk mempertimbangkan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) berikutan inflasi keseluruhan pada masa ini berada di bawah purata 12 bulan, kata CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ferrotec Holdings Corporation, sebuah syarikat pembekal global dalam bahan termaju, komponen dan penyelesaian sistem berketepatan tinggi melancarkan kemudahan pembuatan berteknologi tinggi yang kedua di Kulim, Kedah, dengan pelaburan hampir RM1 bilion (US$226 juta).
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Duti dikenakan terhadap solar dari Asia Tenggara oleh Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai implikasi besar ke atas pangkalan pembuatan di seluruh rantau ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Southern Steel Bhd (SSB) bersetuju untuk menjual 55 peratus kepentingannya dalam anak syarikat milik penuhnya, Southern Steel Mesh Sdn Bhd (SSM) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, BRC Asia Ltd, dengan harga tunai RM61.05 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zhejiang Jingxing Paper Joint Stock Co. Ltd, Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd komited menyediakan RM1.9 bilion bagi pengembangan fasa kedua operasinya di Banting, Selangor.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus berada dalam wilayah kurang memberangsangkan setakat dagangan tengah hari ini susulan aktiviti jualan membabitkan saham-saham perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan.
9bulan ago
KUCHING, 21 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus kekal sebagai tulang belakang dalam landskap ekonomi Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selama dua hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, esok dengan tema "JS-SEZ: Merapatkan Ekonomi, Memperkukuh Rantaian Bekalan."
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Syarikat logistik multinasional, DP World sedang memperkukuh operasi di ASEAN untuk memanfaatkan kemunculan Asia Tenggara sebagai pangkalan pembuatan luar pesisir utama bagi kalangan syarikat China.