2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berada pada jajaran atas julat unjuran 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan bermula tidak lama lagi selepas semua ahli pasukan rundingan dari kesatuan itu tiba di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) pada fasa jangka pendek bermula 2025 hingga 2027, sebagai sokongan kepada pembangunan industri di peringkat pertengahan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang kukuh, dengan eksport dan pelaburan digital masing-masing mencatatkan pertumbuhan positif berlandaskan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengenai kesahan tarif Presiden AS Donald Trump akan menentukan langkah Malaysia yang seterusnya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan kertas rundingan, mempelawa maklum balas mengenai pelbagai cadangan untuk meningkatkan cadangan nilai pasaran awam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan masih belum memuktamadkan penglibatan mana-mana syarikat tempatan dalam projek sewaan set kereta api dengan syarikat dari China, kata Kementerian Kewangan (MoF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama-sama China dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) dipercepatkan untuk memanfaatkan potensi dalam sektor strategik itu.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) merancang untuk memperluas rangkaian produknya kepada mentega, krim dan yogurt, dengan melihat segmen itu sebagai peluang tambahan selain susu segar, bergantung kepada kejayaan projek F&N AgriValley.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) yang dinaik taraf dan kerjasama semikonduktor dengan India yang diperluaskan dijangka membentuk fasa seterusnya dalam hubungan ekonomi ASEAN-India, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Beberapa sektor strategik negara seperti semikonduktor akan mendapat perhatian yang lebih positif daripada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan akan datang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).