BERITA TERKINI   Insiden kren runtuh di Kompleks Tanjung Bin: DOSH, PDRM dan Suruhanjaya Tenaga digesa lakukan siasatan rapi - TPM Fadillah | Sukan SEA 2025: Perenang negara, Khiew Hoe Yean pertahan emas 200m gaya bebas lelaki | Sukan SEA 2025: Jaguh lontar peluru negara Jonah Chang Rigan menang pingat emas, pecah rekod temasya dengan lontaran 18.78m | Trio wusyu negara Lo Ying Ting, Mandy Cebelle Chen dan Sydney Chin Sy Xuan raih emas acara Duilian wanita | Sukan SEA 2025: Pasukan kriket negara menang emas acara T20 lelaki | 

SC Pelawa Maklum Balas Mengenai Cadangan Di Bawah Kajian Segmentasi Pasaran

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan kertas rundingan, mempelawa maklum balas mengenai pelbagai cadangan untuk meningkatkan cadangan nilai pasaran awam.

SC dalam satu kenyataan hari ini berkata kertas rundingan mengenai penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai tiga bidang, termasuk menambah baik laluan untuk penyenaraian di Pasaran Utama di bawah ujian keuntungan dan ujian perbadanan projek infrastruktur (IPC).

Kedua, ia sedang mendapatkan maklum balas mengenai penyediaan fleksibiliti mengenai keperluan aliran tunai operasi yang positif untuk penyenaraian di Pasaran Utama.

Selain itu, ia juga sedang mengumpulkan pendapat mengenai pengukuhan peranan Pasaran ACE sebagai ‘batu loncatan’ (permulaan) untuk syarikat kecil dan sederhana dengan menyelaraskan keperluan penyenaraian dengan rangka kerja dipacu penaja Pasaran ACE.

“SC mengalu-alukan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan proses rundingan membina. Pembaharuan ke atas penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE disasarkan untuk dilaksanakan pada separuh pertama 2026,” katanya.

Tempoh rundingan awam adalah dari 12 November, 2025 hingga 31 Disember, 2025.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi equitiesfeedback@seccom.com.my

-- BERNAMA