Terdapat 528 berita berdasarkan kata kunci carian " timur tengah"

Asas Ekonomi Kukuh Teras Kekalkan Pengukuhan Ringgit, Kata Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keupayaan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi kukuh, prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan langkah pembaharuan ketika ini akan terus menyokong ringgit susulan krisis di Timur Tengah, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah dan kenaikan harga minyak dengan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah akan mereda.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Didorong Sentimen Berhati-hati Dalam Pasaran Pertukaran Asing

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat apabila sentimen pasaran pertukaran asing kekal berhati-hati susulan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah mereda sepanjang minggu ini.

Harga Minyak Boleh Cecah Tiga Digit Jika Konflik Timur Tengah Berlarutan – Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh melonjak ke paras tiga digit sekiranya konflik di Timur Tengah berlarutan, kata firma penyelidikan tenaga global, Rystad Energy.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Permintaan Aset Selamat Berkurangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis apabila perubahan sentimen pasaran mengurangkan keperluan pelabur untuk mengekalkan pegangan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai geopolitik.

BNM Kekalkan OPR 2.75 Peratus, Dasar Monetori Masih Sokong Ekonomi - Ahli Ekonomi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencerminkan pendirian dasar monetari yang terus menyokong ekonomi dalam keadaan persekitaran luaran semakin tidak menentu.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Konflik Timur Tengah Kukuhkan Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit kekal dalam julat kecil dan ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah memberi kesan kepada sentimen pasaran dan menyokong dolar AS.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Niaga Hadapan Serantau Yang Lemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR,5 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah konflik antara Amerika Syarikat-Iran yang terus menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga. 

MATRADE Ambil Langkah Mitigasi Lindung Eksport Malaysia Semasa Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan kesan konflik geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.

Bank Negara Malaysia Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 2.75 peratus.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Menjelang Pengumuman OPR

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia dengan pasaran menjangkakan bank pusat akan mengekalkan kadarnya pada 2.75 peratus.

Ketegangan AS-Iran Kekalkan Harga Minyak Kukuh - MPOC

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Konflik berpanjangan di Timur Tengah dijangka mengekalkan paras terendah harga minyak mentah pada 2026, memberikan sokongan asas kepada harga minyak sawit dan mengukuhkan trend yang lebih kukuh di seluruh pasaran minyak boleh dimakan global.