15hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneroka kaedah bagi mewujudkan laluan untuk lebih banyak syarikat berkaitan semikonduktor, termasuk syarikat berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) dan firma tempatan disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa, mencerminkan prestasi positif Wall Street semalaman dalam persekitaran jangkaan kesan limpahan minat belian ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran dan mengenakan denda RM59,000 terhadap Nurendran a/l Parathan kerana terlibat dalam aktiviti perdagangan manipulatif membabitkan sekuriti pelbagai kaunter.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Permaju Industries Bhd, Capital Intertrade Sdn Bhd (CISB) menamatkan operasi pengedaran Ford, dengan mengemukakan notis penutupan syarikat dan penyerahan operasi kepada Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd (Sime Darby Auto).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pos Malaysia Bhd, Pos Ar-Rahnu telah memperoleh fasiliti kredit-i pusingan jangka pendek sehingga RM100 juta daripada Maybank Islamic Bhd.
15hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Tekanan jualan saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas merekodkan kenaikan awal, apabila pengambilan untung dalam saham perbankan dan pengangkutan berwajaran tinggi menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti pada minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut mencatat jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM95.2 juta berbanding aliran keluar bersih RM160.8 juta pada minggu sebelumnya, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
16hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, didorong oleh minat belian di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran menurun selepas mencatatkan kenaikan selama lima sesi dagangan berturut-turut minggu lepas.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Parkson Holdings Bhd melalui anak syarikat milik 54.97 peratusnya, Parkson Retail Group Ltd (PRGL), memperbaharui pajakan hartanah runcitnya di Shanghai Hongqiao, China untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 31 Disember, 2036.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SkyeChip Bhd telah terlebih langganan sebanyak 95.03 kali menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.