1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka kekal stabil pada tahun ini walaupun berdepan ketidaktentuan susulan risiko geopolitik yang ketara, ketiadaan aktiviti penghantaran awal serta peralihan dinamik inflasi di serata negara utama ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung mendorong Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan harga saham yang tidak banyak berubah selepas melepasi paras tertinggi baharu untuk beberapa kali pada minggu lepas.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 22 Januari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan data ekonomi AS yang kukuh meningkatkan dolar AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh selepas Presiden Donald Trump dilihat tidak mempunyai perancangan untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan sedia ada.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila dolar menjadi lebih kukuh berbanding mata wang utama lain selepas Presiden AS Donald Trump dilaporkan tiada rancangan untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS, ia memberi kesan kepada dolar AS ketika pasaran menetapkan harga berikutan pendirian dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS yang lebih akomodatif.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini selepas mencatat paras tertinggi dalam tempoh melebihi enam tahun, dipengaruhi oleh sentimen negatif susulan prestasi semalaman Wall Street walaupun indeks penanda aras melebihi paras 1,700.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa ke arah paras RM4.05 ketika menutup dagangan selepas dibuka pada RM4.06, berikutan serangan berterusan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Rizab Persekutuan (Fed) yang menjejaskan keyakinan pasaran dan melemahkan dolar AS.