14hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin sejajar dengan penjualan meluas di pasaran serantau apabila konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah menjejaskan sentimen pelabur dan menimbulkan semula kebimbangan mengenai inflasi global.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik bagi menangani impak ekonomi susulan konflik di Timur Tengah, termasuk sokongan daripada status negara sebagai pengeksport bersih tenaga selain mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan peningkatan harga eksport berbanding harga import.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Prestasi ekonomi Malaysia tahun lepas yang merekodkan pertumbuhan 5.2 peratus, dijangka menjadi penampan negara daripada ketidaktentuan ekonomi global dan mengukuhkan prestasi pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
15hari ago
JOHOR BAHRU, 9 Mac (Bernama) -- Selepas mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi negara pada tahun lepas sebanyak RM110 bilion, Johor menyasarkan untuk meningkatkan lagi momentum pertumbuhan pelaburan kepada RM140 bilion pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah berikutan sentimen terjejas oleh lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$105 setong.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Malaysia boleh memanfaatkan gangguan bekalan minyak berskala besar disebabkan oleh konflik di Timur Tengah dengan meletakkan dirinya sebagai pembekal tenaga berdaya maju dan lebih dipercayai kepada pelanggan di Asia, kata penganalisis dan sarjana dalam bidang maritim dan minyak dan gas, Nazery Khalid.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025, berbanding RM3 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia dengan pasaran menjangkakan bank pusat akan mengekalkan kadarnya pada 2.75 peratus.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka stabil selepas lonjakan awal didorong oleh faktor geopolitik, mengekalkan kadar inflasi Malaysia pada tahap sederhana pada 1.6 hingga 1.9 peratus dan defisit fiskal tahun 2026 diunjurkan pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Apex Securities Bhd.