9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengendalikan lebih 2,400 penerbangan sepanjang tempoh perjalanan sempena Tahun Baharu Cina ini, termasuk sehingga 198 penerbangan tambahan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Prestasi pengeluaran dan pembuatan minyak sawit mentah yang kukuh berkemungkinan mendorong pertumbuhan suku keempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 kepada 5.3 peratus dari tahun ke tahun, membayangkan pertumbuhan setahun penuh sebanyak 4.8 peratus, kata CIMB Investment Bank Bhd.
10hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup kukuh melonjak kepada 1,708.20, paras tertingginya dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street dan minat belian asing yang berterusan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) memperoleh sepenuhnya tawaran saham persendirian bernilai RM1 bilion pada harga RM 1.65 sesaham.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kewangan Islam telah menunjukkan potensinya untuk menyediakan penyelesaian inovatif dalam menangani cabaran berkaitan rangkuman dan perubahan iklim, kata Bank Dunia hari ini,
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Aktiviti utama dalam pasaran hartanah Malaysia kini tidak lagi memberikan gambaran lengkap mengenai dinamik pasaran yang mendasarinya.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Semico Capital Bhd mencatat kemunculan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga pembukaan 45 sen, sekali gus mencapai premium 80 peratus berbanding harga tawaran permulaan awam (IPO) pada 25 sen sesaham.
11hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh jangkaan pertumbuhan output yang lebih suram dalam minggu-minggu akan datang.
11hari ago
KUALA LUMPUR, Jan 12 (Bernama) -- Favelle Favco Bhd merancang untuk mengambil alih Seram Industries SAS yang berpangkalan di Perancis dengan janji niaga bernilai sehingga RM47.45 juta.
11hari ago
ABU DHABI, 12 Jan (Bernama) -- Penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) berterusan atau tanpa henti (RTC) berpotensi menampung keperluan tenaga pusat data Malaysia yang kian ketara, kata Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA).
11hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Langkah Indonesia untuk melaksanakan mandat biodiesel B50 dijangka dapat meningkatkan lagi daya saing Malaysia di pasaran minyak sawit global, kata ahli ekonomi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) memperkenalkan PRUWealth Enrich 2.0, iaitu pelan legasi dipertingkatkan yang direka untuk memenuhi aliran baharu pemindahan kekayaan, bertujuan dan berstruktur dengan penyelesaian berisiko rendah.