1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Malaysia dan United Kingdom (UK) telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Ekonomi (JETCO) pertama yang dipimpin oleh menteri berkaitan dari kedua-dua negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Hextar Industries Bhd menerusi anak syarikatnya Global Aroma Sdn Bhd (GASB) akan membuka lima cawangan Luckin Coffee menjelang akhir bulan ini.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2024 Malaysia dijangka berkembang pada 5.0 peratus, menyederhana daripada 5.3 peratus dalam suku ketiga 2024, demikian menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025, dengan dagangan antara RM4,400 hingga RM4,800 satu tan, sebelum sederhana pada separuh kedua kepada antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan ketika kemuncak musim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 4.7 peratus tahun ke tahun untuk mencapai nilai jualan sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mengekalkan pertumbuhan positif pada 2025, dianggarkan antara 3.0–4.0 peratus berikutan jangkaan pengembangan 3.4 peratus pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 3.6 peratus tahun ke tahun pada November 2024, didorong oleh pertumbuhan output berterusan dalam sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024 dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Indeks harga seunit besi turun antara 0.1 peratus dan 4.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada Disember 2024 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Pemilik kafe di Malaysia yang mengimport biji kopi dan menjual kopi istimewa kini berdepan dengan cabaran untuk memikirkan semula strategi penetapan harga mereka berikutan harga biji kopi mencecah paras tertinggi dalam sejarah.