BERITA TERKINI   Portfolio pelaburan Khazanah meningkat kepada RM95 bilion pada akhir 2025 daripada RM81 bilion pada 2018, disokong prestasi kukuh ekuiti domestik dan global - MD | Bagi 2026, Khazanah akan memperkukuh daya tahan portfolio melalui kecairan dan pengurusan risiko berhemat, selain giat mengoptimumkan kepelbagaian - MD | Pada 2025, jumlah aset Khazanah naik RM5 bilion kepada RM156 bilion, mencerminkan pertumbuhan portfolio yang kukuh dalam tempoh jangka panjang - MD | Khazanah catat aset bersih RM105 bilion dan pulangan 5.2 peratus pada tahun kewangan 2025, didorong pengurusan portfolio berdisiplin, pewujudan nilai jangka panjang - MD Khazanah | Mahkamah Persekutuan batalkan pembebasan Tan Sri Isa Samad, kembalikan sabitan rasuah serta hukuman penjara enam tahun | 

Indeks Harga Seunit Besi Turun Antara 0.1 Peratus Dan 4.6 Peratus Pada Disember 2024 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Indeks harga seunit besi turun antara 0.1 peratus dan 4.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada Disember 2024 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan tertinggi harga seunit besi adalah di Perak (-4.6 peratus), diikuti Tawau (-2.3 peratus) dan Sandakan (-2.0 peratus).

“Indeks harga seunit bagi keratan keluli dan logam mencatatkan kemerosotan antara 0.3 peratus dan 0.8 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Disember 2024 berbanding November,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bahan utama binaan lain seperti simen kekal tidak berubah di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Disember 2024.

Dari segi perbandingan secara tahunan untuk tempoh Disember 2023 dan Disember 2024, menunjukkan indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan antara 0.1 peratus dan 2.8 peratus bagi kesemua kawasan di Malaysia, katanya.

Peningkatan tertinggi dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (2.8 peratus), diikuti Pahang (2.7 peratus), Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak (1.5 peratus).

“Purata harga simen Ordinary Portland pula kekal tidak berubah berbanding November 2024 dengan purata harga RM23.22 per 50 kilogram sekarung, katanya.

Sebaliknya, perbandingan tahunan indeks harga seunit keluli mencatatkan penurunan antara -1.7 dan -9.7 peratus pada Disember 2024 berbanding bulan sama tahun lepas bagi hampir semua kawasan di Malaysia.

“Penurunan tertinggi dicatatkan adalah di  Perak (-9.7 peratus),” kata Mohd Uzir.

Mengulas mengenai purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bar merekodkan penurunan (-1.1 peratus) dengan harga purata sebanyak RM3,588.30 satu tan metrik berbanding bulan sebelumnya (November 2024: RM3,628.90 setan metrik).

Penurunan itu adalah konsisten sejak Julai 2024.

Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli telah dicatatkan bagi hampir semua kategori bangunan mencatatkan penurunan antara -0.1 and -1.9 peratus pada Disember 2024 berbanding bulan sebelumnya kecuali Cerucuk Kayu di Pulau Pinang, Kedah and Perlis, Johor and Selangor, Kuala Lumpur, Melaka and Negeri Sembilan.

Menurut perspektif global berdasarkan laporan Mining.com diterbitkan pada 31 Disember, 2024, niaga hadapan bijih besi berakhir pada 2024 dengan penurunan drastik melebihi 15 peratus, ia disebabkan oleh permintaan tidak menentu, margin keluli mengecil serta stok tinggi di pelabuhan-pelabuhan oleh pengguna terbesar iaitu China telah mendorong harga bahan pembuatan keluli semakin merosot, katanya.

-- BERNAMA