1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis disebabkan peniaga mengalihkan tumpuan kepada pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) hari ini, walaupun terdapat konflik yang berterusan di Timur Tengah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini namun dijangka kekal berdepan tekanan susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, dengan peniaga terus memilih dolar AS sebagai aset selamat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, meskipun sentimen berhati-hati yang berterusan susulan konflik ketenteraan yang berterusan di Timur Tengah.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan sentimen elak risiko semasa memberi tekanan kepada mata wang tempatan susulan ketidaktentuan yang memuncak berkaitan konflik di Timur Tengah.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran global menjadi berhati‑hati pada Ahad susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran dan risiko geopolitik yang meningkat berikutan situasi di Timur Tengah boleh mewujudkan sentimen mengelak risiko dan menjejaskan harga minyak, ringgit serta aliran perdagangan, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengagihan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka kekal kompetitif bagi 2026 berbanding tahun lepas, dipacu oleh strategi dan peruntukan aset dana simpanan persaraan itu, kata Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmed Razman.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pengumuman data utama AS dan perkembangan selanjutnya mengenai rundingan nuklear AS-Iran.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN pada Jumaat tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain berikutan peniaga kekal berhati-hati dalam risiko geopolitik dan ketidaktentuan mengenai tarif AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh isu berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan sentimen pasaran, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, didorong oleh prestasi eksport yang lebih lemah apabila ringgit yang lebih kukuh memberi kesan kepada permintaan daripada negara pengimport utama, kata seorang pedagang.