Terdapat 168 berita berdasarkan kata kunci carian " lembaga pengarah"

IOI Corp Lantik Bekas Pengerusi Bursa Malaysia Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- IOI Corporation Bhd telah melantik bekas Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa 5 Nov, 2025.

KNM Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 5 November 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.

Labuan IBFC, ASAS Meterai Kerjasama Strategik Majukan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.

i-CATS, METU Turkiye Meterai MoU Pacu Kerjasama Global Dalam Aeroangkasa Dan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- i-CATS University College (i-CATS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Middle East Technical University (METU), Turkiye bertujuan meningkatkan kerjasama global dalam bidang aeroangkasa dan pendidikan.

i-CATS Dan Istanbul Teknik University Perkukuh Kerjasama Aeroangkasa

KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Kolej Universiti i-CATS (i-CATS) dan Istanbul Teknik University (ITU) menjalin kerjasama strategik untuk mempertingkatkan pendidikan aeroangkasa, penyelidikan dan pembangunan bakat.

Pasaran Modal Malaysia Berjumlah RM4.2 Trilion, Instrumen Islam 62 Peratus - SC

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

DGB Asia Cadang Pengurangan Modal Sebanyak RM197 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- DGB Asia Bhd, sebuah syarikat penyelesaian perisian dan kejuruteraan mencadangkan untuk melaksanakan langkah pengurangan modal melalui pembatalan modal saham terbitannya yang susut dan tidak diwakili oleh aset sedia ada sebanyak RM197 juta.

Gagasan Nadi Terima Kelulusan UKAS Bagi Sebahagian Kepentingan SDASB, Ambil Alih Penuh SESB

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Gagasan Nadi Cergas Bhd (GNCB) menerima kelulusan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bagi cadangan pengambilalihan kepentingan ekuiti dalam Seri Delima Anggun Sdn Bhd (SDASB) dan Serata Ehsan Sdn Bhd (SESB).

Central Spectrum, Halal International Selangor Jalin Kerjasama Bagi Hab Halal Global

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Central Spectrum (M) Sdn Bhd memeterai kerjasama strategik dengan Halal International Selangor (HIS) hari ini bagi membangunkan ‘The Magnet’ -- Selangor Global HIS Village.’

MClean Technologies Tidak Tahu Menahu Sebab Harga Saham Meningkat

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ahli lembaga pengarah MClean Technologies Bhd mengatakan ia tidak tahu menahu sebab di sebalik kenaikan mendadak dalam harga dan volum saham syarikat itu.

Bursa Malaysia Tegur Fitters, Denda Lima Pengarah RM400,000 Seorang

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd secara terbuka telah menegur Fitters Diversified Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

Bursa Malaysia Tegur Ecobuilt, Denda Dua Bekas Pengarah RM200,000 Seorang

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran awam kepada Ecobuilt Holdings Bhd (ECOHLDS) dan dua bekas pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).