BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Laos 0-3 Malaysia | FFC x TMTG : Beberapa sukarelawan Malaysia dikasari termasuk ditendang, ditampar atau dicengkam secara agresif oleh rejim Israel - CEO MyCARE | Perkhidmatan tren LRT antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum alami gangguan bekalan kuasa, kerja baik pulih sedang dijalankan - RapidKL | PKS perlu terima pakai teknologi baru muncul seperti AI, robotik dan automasi, pengkomputeran kuantum, IoT dan Gen-AI untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam rantaian bekalan global - Tengku Zafrul | Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025, tambah baik proses pengeluaran, pembaharuan lesen perniagaan agensi persendirian | 

MClean Technologies Tidak Tahu Menahu Sebab Harga Saham Meningkat

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ahli lembaga pengarah MClean Technologies Bhd mengatakan ia tidak tahu menahu sebab di sebalik kenaikan mendadak dalam harga dan volum saham syarikat itu.

Saham dibuka pada 47.5 sen hari ini dan melonjak mencecah 53 sen, tertinggi sejak beberapa bulan lepas.

MClean Technologies dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia bagi menjawab pertanyaan Bursa Malaysia mengenai aktiviti pasaran luar biasa (UMA), ia berkata ahli lembaga syarikat itu tidak tahu menahu mengenai sebarang penjelasan berkaitan aktiviti dagangan syarikat berkenaan.

“Ahli lembaga pengarah tidak mengetahui sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan berkenaan.

“Ini termasuk sebarang perkembangan terbaharu korporat berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini, ia mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan tersebut termasuk pada peringkat rundingan dan perbincangan,” kata MClean Technologies.

MClean Technologies dan ahli lembaga syarikat itu mematuhi keperluan penyenaraian Pasaran ACE (AMLR) Bursa Securities khususnya Peraturan 9.03 AMLR Bursa Securities mengenai kewajipan pendedahan segera.

MClean Technologies ialah syarikat pemegangan pelaburan yang menyediakan rawatan permukaan, pembersihan ketepatan dan perkhidmatan pembungkusan untuk produk daripada pemacu cakera keras dan elektronik pengguna kepada minyak dan gas.

-- BERNAMA