Terdapat 1271 berita berdasarkan kata kunci carian " lembaga"

IPG Peneroka Getah Tidak Diaktifkan Bagi April 2026

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks tidak diaktifkan bagi April 2026 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Subsidiari KPS Consortium Peroleh Aset Industri Di Rawang Bernilai RM45.5 Juta

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Subsidiari milik penuh KPS Consortium Bhd (KPSCB), KPS Plywood Sdn Bhd, memeterai tiga perjanjian jual beli berasingan dengan Nautical Wealth Sdn Bhd (dalam pembubaran) bagi memperoleh beberapa hartanah di Rawang, Selangor, pada harga RM45.5 juta.

PIAM Lantik Semula Ng Kok Kheng Sebagai Pengerusi Bagi Penggal 2026-2028

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah melantik semula Ng Kok Kheng sebagai pengerusinya bagi penggal 2026-2028, berkuat kuasa 29 April, 2026.

Penarikan Balik Cukai Pegangan Beri Kesan Minimum Kepada KLCCP Stapled Group

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penarikan balik cukai pegangan sebanyak 10 peratus oleh kerajaan Malaysia memberi kesan minimum terhadap KLCCP Stapled Group disebabkan oleh komposisi pemegang sahamnya.

Labuan IBFC Catat Jumlah Aset US$94 Bilion Pada 2025 - Laporan Pasaran

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan jumlah aset industri sebanyak US$94 bilion (AS$1=RM3.95) pada 2025, meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

MIDA, Kedutaan Jepun Teroka Kerjasama Lebih Mendalam Untuk Perniagaan Jepun

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kedutaan Jepun di Malaysia telah bersetuju untuk meneroka rangka kerja kerjasama yang dipertingkat bagi menyokong perniagaan Jepun yang ingin menubuhkan atau mengembangkan operasi di Malaysia.

MIDA, HLB Islamic Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Usahawan PKS Di Wilayah Utara

SUNGAI PETANI, 27 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Hong Leong Islamic Bank (HLB Islamic)  hari ini menganjurkan forum khusus bagi memperkukuh ekosistem dan akses usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di wilayah utara.

Amcor Buka Kemudahan Pembungkusan Penjagaan Kesihatan Bernilai AS$35 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Syarikat penyelesaian pembungkusan global, Amcor telah membuka kemudahan salutan pembungkusan penjagaan kesihatan canggih di Subang Jaya, Selangor pada 24 April, mewakili pelaburan lebih AS$35 juta (AS$1=RM3.96).

Bilal Erdogan Seru Negara Islam Contohi Kepimpinan Malaysia Dalam Kewangan Islam

PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Negara-negara Islam diseru supaya mencontohi sektor kewangan Islam Malaysia dalam usaha membangunkan sistem kewangan yang kurang bergantung kepada rangkaian kewangan Barat, kata Necmeddin Bilal Erdogan.

Pulau Pinang Terus Tarik Pelabur Di Sebalik Ketidaktentuan Global – InvestPenang

GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Minat pelabur terhadap Pulau Pinang kekal utuh meskipun berdepan peningkatan ketidaktentuan global, disokong oleh permintaan berdaya tahan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta kedudukan strategik negeri itu dalam rantaian bekalan global yang semakin berkembang.

KPK Teroka Mekanisme Penilaian Kredit Karbon Industri Sawit Menerusi Persijilan MSPO - Noraini

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneroka pembangunan mekanisme berkaitan karbon secara berperingkat menerusi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), termasuk menilai kesesuaian model kredit karbon yang selaras dengan konteks industri sawit negara.

Malaysia Berada Di Kedudukan Strategik Manfaat Pengalihan Laluan Selat Hormuz, Kecekapan Operasi Jadi Penentu – Pakar

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menyerap peningkatan aliran perdagangan yang dialihkan melalui Selat Melaka sekiranya pengendali perkapalan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan ketegangan di Selat Hormuz yang terjejas konflik.