Terdapat 3079 berita berdasarkan kata kunci carian " kenya"

CIMB Niaga Catat Untung Sebelum Cukai IDR8.8 Trilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak IDR8.8 trilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, dengan pendapatan sesaham berjumlah IDR273.53, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bank itu. (1 juta rupiah = RM231.2)

E&O Akan Lancar Projek Tepian Air Di Pulau Andaman Pada Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pemaju hartanah Eastern & Oriental Bhd (E&O) merancang untuk melancarkan projek tepian air di Pulau Andaman, Pulau Pinang pada akhir 2026.

Penggerak Kemajuan Negara: Pertumbuhan TK2025 TNB Kembalikan Nilai Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi Malaysia dan jaminan tenaga jangka masa panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara.

XTransfer Dapat Kelulusan BNM Untuk Lesen Pembayaran Utama

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Platform pembayaran perdagangan rentas sempadan perniagaan ke perniagaan, XTransfer telah menerima kelulusan bersyarat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk lesen pembayaran utama seperti pengeluaran wang elektronik dan lesen perkhidmatan kewangan (Kelas A) meliputi pengiriman serta pertukaran mata wang.

Bintulu Port Catat Keuntungan Bersih RM26.56 Juta, Umum Dividen Lima Sen

KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM26.56 juta untuk suku keempat tahun kewangan 2025 selepas disokong oleh pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan aktiviti kargo pukal yang lebih kukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Tarif AS Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu berikutan ketidakpastian yang berlarutan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).

BNM Kenakan Penalti Ke Atas 13 Pemegang Lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap 13 pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang (MSB) berikutan kegagalan untuk memenuhi keperluan dana modal minimum antara Julai 2025 hingga Disember 2025. 

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Globaltec Formation

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Globaltec Formation Bhd ekoran penurunan harga sahamnya yang ketara, dengan peningkatan jumlah dagangan baru-baru ini.

MBSB Bank Biaya Infrastruktur Tenusu Tahap 1 Menerusi Kemudahan Bernilai RM95.8 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- MBSB Bank Bhd menyediakan kemudahan pembiayaan berstruktur sebanyak RM95.8 juta kepada Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd untuk pembangunan infrastruktur tenusu tahap-1.

Untung Bersih Wasco Bhd Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak Kepada RM160.5 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Public Bank Meningkat Kepada RM7.22 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat 1.1 peratus kepada RM7.22 bilion daripada RM7.14 bilion pada tahun kewangan 2024, disokong pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang memberangsangkan.

Untung Bersih Kumpulan AmBank Naik Kepada RM529.58 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM529.58 juta pada suku ketiga bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026  daripada RM486.49 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.