BERITA TERKINI   KPM teliti laporan kesan kebakaran kilang jejas tujuh sekolah di Kulai - Fadhlina | Untung bersih DRB-HICOM melonjak kepada RM397.97 juta bagi tahun kewangan 2025 daripada RM22.55 juta pada tahun kewangan sebelumnya | Untung bersih AirAsia X Bhd berjumlah RM191.75 juta bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM229.14 juta pada tahun kewangan 2024 | Untung bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd berjumlah RM2.10 bilion bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM1.77 bilion pada tahun kewangan 2024 | Untung bersih Mulpha International Bhd melonjak kepada RM404.30 juta bagi tahun kewangan 2025 daripada RM70.81 juta pada tahun kewangan sebelumnya | 

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Globaltec Formation

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Globaltec Formation Bhd ekoran penurunan harga sahamnya yang ketara, dengan peningkatan jumlah dagangan baru-baru ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pihak bursa menasihatkan kalangan pelabur supaya mengambil maklum jawapan syarikat terhadap pertanyaan UMA itu, yang akan dipaparkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat -- http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/ -- ketika membuat keputusan pelaburan.

Susulan perkara itu, bagi membolehkan pelabur mempunyai maklumat sebelum membuat keputusan pelaburan, syarikat terbabit telah diminta untuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan tersebut bagi siaran umum sejajar dengan Perenggan 9.11 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Langkah tersebut dilaksanakan selepas membuat pertanyaan sewajarnya kepada kalangan pengarah, pemegang saham utama dan individu berkaitan lain, jelasnya.

Antaranya, Globaltec dikehendaki menyatakan sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan tersebut, termasuk yang masih di peringkat rundingan atau perbincangan.

Syarikat juga perlu menjelaskan sama ada terdapat sebarang khabar angin atau laporan berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang mungkin mendorong aktiviti dagangan tersebut dan dalam perkara itu syarikat dikehendaki mematuhi Perenggan 9.09 dan 9.10 Keperluan Penyenaraian Bursa Securities.

Di samping itu, syarikat turut diminta menyatakan sama ada mengetahui sebarang penjelasan lain yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan tersebut, dan sama ada perkara itu mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Securities, khususnya Perenggan 9.03 bagi obligasi pendedahan segera.

“Kandungan pengumuman tersebut mesti disahkan oleh lembaga pengarah syarikat dan pengumuman itu mesti dikemukakan kepada Bursa Securities dengan segera melalui Bursa LINK,” jelas bursa.

-- BERNAMA