BERITA TERKINI   Malaysia mempunyai simpanan gas mencukupi untuk sokong pertumbuhan industri - Johari Ghani | Pasaran semikonduktor global diunjurkan mencecah AS$1 trilion menjelang 2030, beri potensi manfaat ekonomi kepada Malaysia - Johari Ghani | Dua lelaki maut, tiga lagi cedera dalam kemalangan di Simpang 3 Manik Urai Lama, Kuala Krai, pagi tadi - Bomba Kelantan | Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) rekod 506 kes sehingga semalam, 228 daripadanya libatkan penyelewengan diesel - Armizan | 

Terdapat 445 berita berdasarkan kata kunci carian " kelulusan"

Petronas Lantik Subsidiari T7 Global Sebagai Kontraktor Panel

KUALA LUMPUR, 20 Feb Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melantik subsidiari T7 Global Bhd, T7 Intelligent Resources Sdn Bhd, sebagai kontraktor panel bagi perkhidmatan profesional dan sokongan pihak ketiga untuk Kumpulan Petronas.

MIDA Melalui IMFC Selesai Lebih 44,000 Kes Pelabur Dalam Tempoh Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) menyelesaikan lebih daripada 44,000 kes pelabur dengan mencapai kadar pelaksanaan projek sebanyak 99.9 peratus dalam tempoh dua tahun.

Ekovest Dapat Kelulusan KWSP Lanjutkan Lagi Tarikh Pelan Keluar

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ekovest Bhd mendapat kelulusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan lagi tarikh pelan keluar selama setahun di bawah perjanjian pemegang sahamnya mengenai cadangan penjualan 40 peratus kepentingan ekuiti dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd.

PR1MA Lantik Brian Iskandar Zulkarim Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Malaysia Berpotensi Catat Keputusan CPI Lebih Baik, Komuniti Perniagaan Harap Lebih Ketelusan

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Persatuan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyifatkan negara ini berpotensi untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) memandangkan harapan komuniti perniagaan terhadap ekosistem perniagaan yang lebih telus kekal tinggi.

DAIH Terima Penyertaan Tiga Inisiatif Uji Aplikasi Sebenar Stablecoin Ringgit, Deposit Token 2026 -- BNM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Hab Inovasi Aset Digital (DAIH) menerima penyertaan tiga inisiatif bagi menguji aplikasi sebenar yang melibatkan stablecoin ringgit dan deposit token pada 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

JS-SEZ: IMFC-J Terima 1,000 Inkuiri, Sedang Memudah Cara Potensi Pelaburan RM73 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia Johor (IMFC-J) menerima kira-kira 1,000 inkuiri dan sedang memudah cara potensi pelaburan berjumlah hampir RM73 bilion, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Agrikomoditi Sumbang RM66.1 Bilion Kepada KDNK Sehingga September 2025

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Sektor agrikomoditi menyumbang sebanyak RM66.1 bilion atau 5.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga September, 2025, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

PNB Belum Buat Keputusan Berkaitan Tawaran Sunway Beli Kepentingan Dalam IJM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengesahkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan Tawaran Am Sukarela (VGO) oleh Sunway Bhd untuk membeli kepentingan PNB dalam IJM Corporation Bhd.

​​​​5,624 Pengecas EV Awam Dipasang Setakat Ini, Pengecas DC Lepasi Sasaran - Johari

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) – Sebanyak 5,624 unit pengecas EV awam telah dipasang di seluruh negara bersamaan 56 peratus daripada sasaran keseluruhan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

AirBorneo Rancang Pengembangan, Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026

SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- AirBorneo menyasarkan untuk mengembangkan operasinya dengan laluan dan kapasiti tambahan, susulan rancangannya untuk memperkenalkan operasi enjin jet pada separuh kedua 2026. 

MPOB Dalam Usaha Perluas Penggunaan B20 Di KLIA -- KPK

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang berbincang dengan syarikat pengendali kenderaan darat dan pembekal minyak biodiesel B20 untuk mengadun bahan api itu dalam usaha memperluas penggunaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).