Terdapat 11000 berita berdasarkan kata kunci carian " it"

Petronas Meterai Perjanjian Dengan ENEOS Untuk 10 Peratus Pegangan Dalam MLNG Tiga

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) --Syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani perjanjian muktamad dengan syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Jepun, ENEOS Xplora.

MBSB Bank Perkukuh Jejak Di Utara Menerusi Pemindahan Cawangan Di Kangar, Kulim

KANGAR, 30 April (Bernama) -- MBSB Bank Bhd bertindak mengukuhkan jejaknya di wilayah utara Malaysia menerusi pembukaan semula cawangan di Kangar, Perlis dan Kulim di Kedah.

Public Mutual Umum Agihan Pendapatan Melebihi RM99 Juta Untuk Empat Dana

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan agihan pendapatan berjumlah lebih RM99 juta bagi empat dana untuk tahun kewangan berakhir 30 April, 2026.

Bina Darulaman Perkukuh Perniagaan Teras, Pacu Pertumbuhan Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bina Darulaman Bhd (BDB) menyasarkan pengukuhan perniagaan teras serta disiplin pengoperasian tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya yang menyeluruh.

Nasi Impit Retort Adyanana Sasar Tembusi Pasaran Brunei, Indonesia

Oleh Kamarul Halim M Kamal

BATU PAHAT, 30 April (Bernama) — Selepas berjaya menembusi pasaran Singapura sejak dua tahun lalu, perniagaan Nasi Impit Retort Adyanana kini menyasarkan untuk mengembangkan sayap ke Brunei dan Indonesia dengan mencari rakan niaga baharu di kedua-dua negara berkenaan.

Harga Minyak Terus Melonjak Susulan Jangkaan Sekatan Berpanjangan Di Selat Hormuz

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Paras harga minyak melonjak lebih US$120 setong pada Khamis selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Iran bahawa sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz mungkin berlanjutan sehingga beberapa bulan.

Imperio Group Bawa Cold Storage Pertama Di Kedah

ALOR SETAR, 30 April (Bernama) -- Pasar raya premium, Cold Storage meluaskan rangkaiannya melalui pembukaan rasmi cawangan baharu di The Tenz Emporium di sini pada Khamis, sekali gus merancakkan lagi landskap ekonomi dan gaya hidup komuniti bandar raya ini.

Kedudukan Kewangan Pulau Pinang Masih Kukuh, Tidak Perlu Belanjawan Tambahan

GEORGE TOWN, 30 April (Bernama) -- Pulau Pinang masih tidak memerlukan penyediaan belanjawan tambahan memandangkan kedudukan kewangannya masih kukuh ketika ini meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti jualan dilihat di kaunter utiliti, perkhidmatan kewangan dan teknologi.

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Pada US$126.61 Bilion Setakat Akhir Mac 2026

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.

Harga Minyak Global Lebih Dipacu Geopolitik, Kesan OPEC Terhad - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+ dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap pergerakan harga minyak global yang kini lebih dipacu faktor geopolitik.

Pelarasan Perbelanjaan Libat Tidak Kritikal, Perkhidmatan Teras Diteruskan - MOF

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa panduan pelarasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, manakala perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan diteruskan seperti diluluskan dalam Belanjawan 2026.