10hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia diunjurkan mencecah sehingga 16 juta tan pada 2026 didorong oleh paras stok yang rendah, menurut seorang pakar.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung menyeret turun Bursa Malaysia untuk ditutup rendah pada Selasa selepas kenaikan kukuh yang dicatatkan semalam.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MBSB Investment Bank menjangkakan jualan runcit Malaysia untuk 2026 kekal berdaya tahan pada 6.0 peratus, berikutan pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan pada 2025.
11hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit tempatan perlu melaksanakan pendekatan berperingkat untuk menambah hasil dengan meningkatkan purata produktiviti minyak sawit mentah (MSM) daripada 3.5 tan kepada 4.5 tan sehektar menjelang 2035.
11hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu oleh harga minyak mentah yang stabil, menurut seorang peniaga.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia kekal optimis bahawa 2026 akan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan dalam sektor sawit global, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, menjejaki peningkatan pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan RM16 juta bagi Program Kemampanan Penanaman Lada tahun ini di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Sektor agrikomoditi menyumbang sebanyak RM66.1 bilion atau 5.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga September, 2025, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan terus komited memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian kemampanan antarabangsa apabila 90 peratus estet sawit negara dan 85 peratus pekebun kecil persendirian setakat ini telah memperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.