10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Mac 2025 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak teraktif berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di atas paras RM3.00 sekilogram.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bank-bank digital di Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menjangkau golongan B40 yang kurang mendapat perkhidmatan, terutamanya mereka yang berada di luar bandar.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pegawai kanan dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) akan bercakap dalam forum perniagaan di sini pada 9 April 2025.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang agenda tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan penurunan pada Khamis berikutan prestasi bercampur-campur di pasaran getah serantau dan kemerosotan harga minyak mentah, kata peniaga.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Rabu, didorong oleh ringgit yang kukuh berbanding dolar AS susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata peniaga.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh ringgit yang melemah sedikit dan bekalan getah asli yang terhad berikutan musim sejuk dan ramalan hujan di negara-negara pengeluar utama.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pencipta TikTok Shop yang sedang meningkat naik di Malaysia diraikan dalam Anugerah Pengiktirafan TikTok Shop Creator Idol 2025 baru-baru ini, menandakan kejayaan program bimbingan TikTok Shop, dalam membentuk gelombang baharu pencipta afiliasi di bawah panduan pakar industri.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 di pasaran getah Malaysia meningkat semula pada Isnin, didorong oleh momentum positif dalam pasaran getah serantau, kata peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan kedua (NS2.0) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2025 bertujuan mencapai matlamat utama dalam mempertingkatkan tahap literasi dan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia, berasaskan pencapaian NS1.0.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan sedikit menurun pada minggu depan, memandangkan pelbagai industri masih berhati-hati dengan dasar tarif Donald Trump, kata pakar industri Denis Low.