BERITA TERKINI   88,000 unit produk kesihatan disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta dirampas di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9668 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.96 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Polis ambil keterangan beberapa pegawai tentera susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik ATM - Mohamed Khaled | Pembekuan perolehan ATM: MINDEF akan buat perundingan jika operasi terjejas - Mohamed Khaled | 

IPG Bagi Bulan Mac 2025 Tidak Teraktif -- LGM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Mac 2025 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak teraktif berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di atas paras RM3.00 sekilogram.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata bagi bulan Mac 2025, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masing-masing berada pada RM3.80 sekilogram, RM3.45 sekilogram dan RM3.40 sekilogram.

“Oleh yang demikian, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut LGM, mulai Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

“IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK). 

“IPG akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

-- BERNAMA