BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | 

Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Susulan Harga Minyak Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan penurunan pada Khamis berikutan prestasi bercampur-campur di pasaran getah serantau dan kemerosotan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata harga minyak susut sedikit berikutan peniaga menilai impak daripada cadangan tarif automotif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berbanding kebimbangan mengenai bekalan global yang terhad.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent naik 0.31 peratus kepada US$73.56 setong.

Katanya sentimen pasaran kekal lemah disebabkan tarif perdagangan tambahan AS dan data ekonomi China yang mengecewakan.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh bekalan getah asli yang terhad di negara-negara pengeluar utama dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS dalam optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan China yang seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 2.5 sen kepada 878.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan tiga sen kepada 675 sen sekilogram.

-- BERNAMA