1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Bhd (Kimlun Corp), Kimlun Sdn Bhd meraih kontrak pembinaan daripada Tanah Sutera Development Sdn Bhd untuk pembangunan kediaman di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan RM128.13 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful perlu mengembangkan kapasiti mereka dan berusaha untuk merapatkan jurang perlindungan kritikal serta mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
LONDON, 18 Sept (Bernama) -- Kewangan Islam era moden mula bertapak di Malaysia pada 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji), yang merupakan pusat kepada transformasi sistem kewangan berasaskan Syariah di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Supermax Corporation Bhd (Supermax) dijadualkan memulakan pengeluaran sarung tangan secara komersial di kemudahan perkilangan pertamanya di Amerika Syarikat (AS) yang terletak di Texas menjelang Januari tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi ketika ditutup hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 17-18 September.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd dijangka disenaraikan sebagai satu daripada konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikan Genting Malaysia Bhd pada 23 Dis 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi, menjelang keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengenai kadar faedah esok, dengan jangkaan penurunan kadar faedah yang ketara meningkatkan sentimen.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.