BERITA TERKINI   PM Anwar akan putuskan senarai Menteri, Timbalan Menteri Kerajaan MADANI berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara - PMO | Saifuddin Nasution, Zambry dan Mohd Na’im dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua berkuat kuasa hari ini - PMO | Sukan SEA 2025: Atlet olahraga Andre Anura dan jaguh waterski Aaliyah Yoong dipilih bawa Jalur Gemilang pada acara pembukaan - CDM Nurul Huda Abdullah | Kontinjen Malaysia sasar 181 pingat pada Sukan Para ASEAN 2025 – CDM Mohd Zarrawi | Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri - PMO | 

Unit Kimlun Corp Raih Kontrak Pembinaan RM128.13 Juta Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Bhd (Kimlun Corp), Kimlun Sdn Bhd meraih kontrak pembinaan daripada Tanah Sutera Development Sdn Bhd untuk pembangunan kediaman di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan RM128.13 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan dan kejuruteraan itu berkata kontrak tersebut terdiri daripada dua bahagian.

Katanya bahagian pertama yang bernilai RM57.86 juta dijangka siap pada suku ketiga 2026 manakala bahagian kedua yang bernilai RM70.27 juta dijangka siap dalam tempoh 21 bulan dari tarikh permulaan pembinaan.

"Kontrak ini dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan Kimlun bagi tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak," katanya.

-- BERNAMA