BERITA TERKINI   Jangan bergantung kepada kartel yang menekan rakyat - PM Anwar | Kerajaan pastikan perolehan pertahanan tidak dikuasai kartel atau amalan ketirisan - PM Anwar | Isu pendidikan tidak wajar terus dipolemikkan dengan perkara yang memecah-belah, perlu fokus kepada kualiti pembelajaran - PM Anwar | Dasar Pendidikan Negara baharu beri tumpuan kepada peningkatan mutu pendidikan demi masa depan anak-anak - PM Anwar | PRK Lamag: Sebanyak 10.57 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | 

Terdapat 5215 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi"

Ringgit Diunjur Kekal Kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.

Politik Stabil, Dasar Kerajaan Tarik Minat Syarikat Global Melabur Di Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

Belanjawan 2025 Fokus Sektor Ekonomi, Teruskan Agenda Reformasi Struktur Negara

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memberi keutamaan kepada sektor ekonomi dengan meneruskan agenda reformasi struktur dalam negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Asas Ekonomi Kukuh Antara Faktor Sokong Pertumbuhan Ringgit - Gabenor

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.

TNG Digital Gesa Kerajaan Lanjutkan Pengecualian SST Perkhidmatan Digital

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengendali TNG eWallet, TNG Digital Sdn Bhd menggesa kerajaan agar kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital dalam Belanjawan 2025.

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini tetapi meningkat berbanding mata wang utama lain berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mengukuh dalam persekitaran risiko geopolitik yang meningkat, kata penganalisis.

Konglomerat Indonesia Puji Tindakan Afirmatif Anwar Jaga Kepentingan Bumiputera

Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) -- Pendekatan dasar tindakan afirmatif oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera dilihat sebagai satu langkah positif, kata bekas Menteri Ekonomi Indonesia, Chairul Tanjung.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Disebabkan Risiko Geopolitik Yang Berterusan

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu dicetuskan oleh peningkatan risiko geopolitik di Timur Tengah yang menyebabkan pelabur berminat terhadap komoditi itu.

Ringgit Susut Diasak Risiko Geopolitik, Namun Kekal Mata Wang Prestasi Terbaik Global

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak risiko geopolitik yang meruncing dan mencetuskan minat belian aset selamat seperti mata wang negara maju berkenaan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Di Timur Tengah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam sejajar dengan prestasi bursa serantau lain apabila kebimbangan terhadap ketegangan di Timur Tengah telah mencetuskan aktiviti jualan, kata seorang penganalisis.