1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kerajaan memberi tumpuan dalam memastikan bekalan bahan api dan bahan asas mencukupi bagi membolehkan kegiatan ekonomi diteruskan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1hari ago
GEORGE TOWN, 9 April (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pembiayaan kos rendah sehingga RM5 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memacu pertumbuhan dan transformasi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memberi keutamaan kepada usaha memastikan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaiannya, selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan.
1hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia mengikut inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah langkah yang tepat dalam situasi konflik Asia Barat apabila kerajaan berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi.
1hari ago
GEORGE TOWN, 9 April (Bernama) -- Penerbangan terus baharu antara Pulau Pinang dan Chongqing menzahirkan usaha strategik negeri itu untuk memperkukuh kehadirannya dalam pasaran China serta meningkatkan lagi kesalinghubungan udara dengan wilayah barat negara itu, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada sektor pelancongan dan pertukaran ekonomi serantau.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh pada paras 3.97 berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada sesi pembukaan pada Khamis, disokong oleh keyakinan pasaran yang meningkat susulan pelan gencatan senjata selama dua minggu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- RHB Bank Bhd sedang memperkukuh sokongannya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui rangkaian menyeluruh bantuan kewangan dan penyelesaian pembiayaan secara mampan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Malaysia menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan tenaga domestik kekal terjamin dan pada masa sama terus berperanan sebagai rakan strategik yang diyakini dalam menyokong kestabilan rantaian bekalan tenaga antarabangsa, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.