4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Westports Holdings Bhd berpotensi menggantikan Sime Darby Bhd dalam semakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan datang berikutan kedudukan permodalan pasarannya telah meningkat pada kedudukan ke-24 dalam kalangan sekuriti yang layak, melepasi ambang kelayakan permodalan pasaran ke-25 terbesar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan saranan "Neutral" terhadap sektor minyak sawit dengan harga sasaran minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,100 satu tan pada 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Saham-saham bank diniagakan secara bercampur-campur pada awal dagangan hari ini apabila penurunan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memberi tekanan serta-merta ke atas margin faedah bersih (NIM) bank-bank.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, RHB Banking Group dan Public Bank Bhd telah menyemak semula kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd menjangkakan sektor pusat data Malaysia terus rancak meskipun berdepan kemungkinan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dari Amerika Syarikat (AS).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan RHB Smart Account/-i yang diperbaharui, membolehkan pelanggan memilih sama ada menikmati kadar faedah lebih tinggi atau mata ganjaran kesetiaan, seiring dengan usahanya dalam meningkatkan fleksibiliti urusan perbankan harian.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Harga saham Gamuda Bhd tinggi dalam dagangan awal hari ini selepas dilaporkan telah disenarai pendek melalui konsortium Together North untuk projek lebuh raya Northland Corridor (NCH) di New Zealand.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pakar ekonomi mengekalkan pendirian berhati-hati mereka terhadap prospek perdagangan Malaysia tahun ini berikutan ketidaktentuan tarif global yang dijangka menjejaskan prestasi perdagangan dan pembuatan negara.