BERITA TERKINI   PM Anwar akan hubungi Presiden Mesir bagi bincang laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah | PM Anwar bangga perjuangan dan pengorbanan 23 aktivis Malaysia yang sertai GSF, cipta sejarah negara | Turkiye akan bantu proses bawa pulang sembilan peserta Freedom Flotilla Coalition yang ditahan oleh Israel - PM Anwar | FFC: Wisma Putra sudah hubungi Turkiye dan Amerika Syarikat untuk segerakan usaha bawa keluar sembilan rakyat Malaysia ditahan Israel- Mohamad Hasan | Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025, mansuh Peraturan 78 bagi pinjaman sewa beli kadar tetap | 

Takaful Malaysia Tawar Perlindungan Insurans Bukan Motor

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) meluaskan portfolionya melangkaui kekuatan terasnya dalam produk berkaitan kredit dan takaful motor dengan menawarkan perlindungan insurans hayat individu.

Takaful Malaysia dalam satu kenyataan berkata langkah yang berpandangan jaug itu seiring dengan trend kehidupan mampan dan meletakkan syarikat insurans itu merebut peluang pertumbuhan baharu dalam segmen pelanggan baharu muncul.

Kumpulan itu bersedia untuk mengembangkan perniagaan takaful amnya selain daripada perlindungan motor, mengenal pasti peluang ketara untuk mengukuhkan kehadirannya dan memperoleh kelebihan daya saing dalam segmen dengan hanya empat pemain aktif dengan menawarkan penyelesaian takaful bukan motor yang komprehensif seperti kebakaran, solar, kemalangan diri dan produk-produk perlindungan aset lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata inisiatif itu mencerminkan pendekatan proaktif syarikat dalam memastikan Takaful Malaysia kalis masa depan.

“Dengan melabur dalam inovasi, memperluaskan pengedaran dan mempelbagaikan campuran produk kami, meletakkan kumpulan untuk pertumbuhan pendapatan yang mampan dan mencipta nilai pemegang saham jangka panjang.

“Tumpuan kami kekal untuk mengukuhkan bahagian pasaran, ia akan menjadi pemacu utama dalam menyokong keuntungan yang mampan dan mengekalkan sentimen pasaran yang positif,” katanya.

Pada masa sama, Takaful Malaysia sedang meneroka pasaran runcit keluarga dengan tumpuan kepada perlindungan insurans hayat dan perlindungan insurans bagi penyakit kritikal, segmen yang menawarkan potensi besar kerana kadar penembusannya rendah iaitu kira-kira 21 peratus.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan strategik, kumpulan itu juga berhubung dengan pelanggannya secara terus melalui platform digitalnya, Kaotim, menawarkan pelan perlindungan dalam talian yang kompetitif, komprehensif dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, Takaful Malaysia mencatat pencapaian besar dengan memperoleh perjanjian Bancassurance Eksklusif 20 Tahun dengan RHB Islamic Bank, antara kerjasama jangka panjang yang paling penting dalam industri takaful Malaysia.

Perjanjian itu memberikan hak tunggal kepada Takaful Malaysia untuk mengedarkan penyelesaian takaful keluarga dan am ke seluruh rangkaian cawangan RHB yang luas, selain memanfaatkan penyelesaian pengurusan kekayaan untuk klien RHB.

Perkongsian itu mengukuhkan lagi kedudukan utama kumpulan dalam bancatakaful dan menyediakan asas yang kukuh untuk pertumbuhan hasil berulang dalam tempoh dua dekad akan datang.

-- BERNAMA