Terdapat 359 berita berdasarkan kata kunci carian "perbankan"

Aktiviti Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Kekal Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah yang diterajui oleh kaunter perbankan, utiliti dan penjagaan kesihatan.

RAM Ratings Tingkat Penarafan Program Sukuk Solarvest Kepada AA3 Dengan Unjuran Stabil

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menerima kenaikan penarafan daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) bagi penarafan jangka panjang program nota jangka sederhana Islam/nota komersial Islam bernilai RM1 bilion (2023/2053) iaitu daripada A1 kepada AA3.

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) --  Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

AmBank Unjur Pertumbuhan Pinjaman Seiring Industri, Sasar Untung Bersih Lebih RM2 Bilion TK 2026

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) menjangkakan pertumbuhan pinjamannya seiring dengan kadar industri sebanyak empat peratus tahun ini, dipacu terutamanya oleh segmen perbankan perniagaan dan runcit, manakala pinjaman runcit dijangka kekal mendatar.

Agrobank Melalui iTEKAD Perkasa Usahawan Asnaf Dan B40 Bagi Projek Penanaman Nanas

KANGAR, 17 Ogos (Bernama) -- Agrobank terus komited memperkasakan golongan asnaf dan B40 melalui penyerahan geran iTEKAD berjumlah RM100,000 kepada 20 usahawan tani terpilih bagi melaksanakan projek penanaman nanas MD2 di Chuping dekat Padang Besar semalam.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Meskipun Sentimen Pasaran Positif

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi hambar pasaran serantau, walaupun sentimen adalah positif susulan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025 yang memberangsangkan.

HSBC Malaysia Perkenal Perkhidmatan Premier Dipertingkat Untuk Segmen Mewah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.

Bursa Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.

MIDA, MUFG Bank Jalin Kerjasama Pacu Pelaburan Bernilai Tinggi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan anak syarikat perbankan global, MUFG Bank (Malaysia) Bhd menjalin kerjasama strategik untuk memacu pelaburan bernilai tinggi di Malaysia.

Bank, Pemain Fintech Tingkat Pengembangan Rentas Sempadan Dan Kerjasama Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan dan pemain teknologi kewangan (fintech) sedang meningkatkan usaha untuk berkembang merentas ASEAN, mengguna pakai strategi yang disesuaikan bagi mengukuhkan kehadiran dalam landskap perkhidmatan kewangan digital rantau ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Mengambil Untung Pada Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila pelabur mengambil keuntungan pada saham berwajaran tinggi terpilih, susulan kenaikan tinggi pada Jumaat.

Bank Muamalat, Takaful Malaysia Perkenal Perlindungan Takaful Siber Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Syarikat Takaful Malaysia Am Bhd (Takaful Malaysia Am) memperkenalkan Perlindungan Takaful Siber pertama di Malaysia yang ditawarkan pada harga serendah RM14.80 setahun.