BERITA TERKINI   Cadangan Bekerja Dari Rumah sektor awam diteliti, mungkin dibincang dalam Kabinet esok - Fahmi | Unit MN Holdings raih kontrak projek pencawang pusat data bernilai RM216 juta di selatan Semenanjung Malaysia | Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | 

Sokongan Institusi Kewangan Penting Bagi Peralihan Hijau Industri Keluli - Liew

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Penglibatan dan sokongan institusi kewangan penting untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli Malaysia 2035 (SIR2035) khususnya dalam memudahkan peralihan hijau industri keluli.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata industri keluli yang kekal sebagai tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia menyediakan bahan mentah penting untuk sektor pembinaan, automotif, jentera, infrastruktur dan pembuatan.

“Bagaimanapun, industri ini telah lama mengalami tekanan disebabkan pelbagai cabaran struktur dan pasaran.

“SIR2035, yang dilancarkan pada 29 September oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyediakan hala tuju yang jelas untuk memperkukuh daya tahan kewangan serta kelestarian alam sekitar industri tersebut,” katanya ketika berucap dalam sesi dialog bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan pemain industri keluli, pada Jumaat.

Liew turut mengucapkan terima kasih kepada Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan pasukannya kerana menganjurkan pertemuan yang menjadi platform libat urus bermakna antara industri keluli dan institusi perbankan itu.

-- BERNAMA