Terdapat 1077 berita berdasarkan kata kunci carian "cimb"

CIMB Nafi Dakwaan Pelanggaran Data Libatkan 1.2 Juta Rekod

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd memberi jaminan bahawa dakwaan yang tersebar dalam talian mengenai pelanggaran data melibatkan pelanggannya adalah tidak benar sebaliknya data pelanggan terus dilindungi.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas global serta risiko inflasi susulan krisis di Timur Tengah yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street Semalaman

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama lima hari pada Selasa, memulihkan sebahagian kerugian semalam, didorong oleh kenaikan saham perbankan berwajaran tinggi, minyak dan gas serta minat belian semula saham runcit terpilih walaupun prestasi pasaran serantau merosot.

Lonjakan Permintaan LNG Malaysia Dijangka Sokong Pertumbuhan Ekonomi - CIMB

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Eksport Gas Asli Cecair (LNG) negara yang kukuh memberi kelebihan kepada Malaysia daripada kenaikan harga gas, dengan anggaran setiap kenaikan US$5 per juta  British Thermal Unit (mmbtu) dapat menyumbang kira-kira 1.23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam akaun semasa.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi dalam persekitaran dalam persekitaran aktiviti memburu saham murah selepas mencatatkan kemerosotan semalam. 

Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat untuk dibuka tinggi pada Selasa didorong aktiviti belian saham pada harga rendah selepas jualan besar-besaran semalam.

Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Sentimen Terkesan Akibat Konflik Timur Tengah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah pada Isnin berikutan sentimen risiko yang merosot ketara disebabkan peningkatan semula konflik Timur Tengah sekali gus mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti di peringkat serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Konflik Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi, seiring dengan pasaran serantau, berikutan sentimen berhati-hati pelabur terhadap ekuiti akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Komposit Susut Bawah 1,700 Mata

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal sesi dengan indeks utama itu merosot lebih satu peratus, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen penghindaran risiko susulan perkembangan konflik di Timur Tengah.

OPR Dijangka Kekal 2.75 Peratus Pada Mesyuarat MPC 5 Mac

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB mengunjurkan kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 5 Mac di tengah-tengah ketidaktentuan kadar tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan langkah pelabur mengambil keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini.